Wednesday, April 20, 2011

AWAS..!!! KICAP CAP KIPAS UDANG tiruan...

hai, 
selamat pagi n selamat ceria arini... hehehe.. 
*
*
senyum akan menghilangkan masalah.. 
untuk pengetahuan korang lagi, masalah aku dah selesai...
syukur, Alhamdulillah
*
Di sini aku ade info nak berkongsi dgn korang... 
SELAMAT MEMBACA


PERBEZAAN KICAP CAP KIPAS UDANG TIRUAN DAN ASLI

ZARAFOOD iaitu Syarikat Pengeluar KICAP CAP KIPAS UDANG ingin berkongsi dengan semua agar kita sebagai pengguna dapat mengelak dari tertipu oleh Pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Pihak ZARA mengesan kewujudan kicap tiruan ini (botol kecil sahaja)  sejak bulan September .
Untuk pengetahuan semua, pihak diorang telah membuat bancian di semua kedai runcit dan mini market diseluruh Malaysia bermula pada bulan September dan telah berkerjasama dengan pihak KPDN untuk memberi amaran  dan merampas kicap tiruan daripada peruncit telibat.

Untuk  jangka pendek bagi mengurangkan impak kepada pengguna pihak ZARAi telah membuat pembaharuan kepada capseal dan label untuk memudahkan pengguna membuat perbandingan diantara kicap tiruan dan asli. Produk dengan Label baru digunakan bermula pada penghujung September hingga kini dan boleh didapati di Hypermarket dan semua kedai-kedai yang lain.

Jika pengguna masih menjumpai produk kicap dengan label lama (Capseal hitam) sila buat perbandingan seperti gambar yang dilampirkan disini sebelum membuat pembelian. Pihak kami mendapati dari segi pembungkusan, 98% peniruan sama  dengan yang asli menjadikan pengguna susah untuk melihat perbezaan. Dari segi rasa memang tidak sama kerana produk tiruan banyak mengunakan air biasa, pewarna dan bahan pemekat , gula serta garam dan tiada rasa lemak (Umami). Berbanding produk asli yang menggunakan peraman ekstrak kacang soya yang mempunyai rasa lemak(umami) seakan rasa monosodium glutamate(ajinomoto).

Ok di bawah ni ditunjukkan bahagian yang pengguna kena lihat untuk memastikan produk yang dibeli Asli atau Tiruan. 




Rasa produk tiruan adalah sangat berbeza dari produk asli.

Produk tiruan mempunyai rasa kurang MANIS, BERBAU MAUNG DAN DIPEKATKAN DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN PEMEKAT(TEPUNG) DAN WARNA YANG AGAK CERAH. 

Diharap maklumat ini dapat membantu sesiapa sahaja pengguna KICAP CAP KIPAS UDANG ini dari tertipu dan aku berharap korang kat luar sana sebar-sebarkanlah agar jangan tertipu dengan Pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

p/s : Ingat ada bangsa lain yg ingin merosakkan perniagaaan org MELAYU dgn membuat tiruan supaya  palanggan lari kerana kicap kipas udang dah tak sedap.



2 tinggal tapak tangan:

sharEna said...

susah gak nak bezakan yg asli & tiruan nie...

adehh...huhuh

Masni Syafie said...

itulah mis sharena..susah tul nk bezakan yg mana tiruan n asli. kena betul2 belek la.. myb d label barkod kite bole beza

award from my frendz

award from my frendz
thank you nieyxzha