Thursday, June 16, 2011

HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi?? Status halal diragui masa kini, ape perlu kite buat?

selamat pagi sekali lagi.. (^_^) yang ini pun aku tertarik menarik kau memang da bomb...haha.. 

Status Halal, Sijil Pengesahan Halal Malaysia di tarik balik serta merta oleh Jakim kepada syarikat Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd.,  berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Sumber : DI SINI

Awal pagi tadi semasa aku on d way datang keje, aku dengar radio IKIM. Selepas itu muncul pulak status halal produk HP Sause n Tabasco Pepper Sauce mengandungi benda haram nih (babi). 

Ade pendengar dari mana ntah, menyuarakan pendapat beliau tentang bagaimana kite nak mencegah daripada umat islam terus memakan makanan yang haram. Menjadi darah daging dalam diri kite. Beliau berpendapat, tidak perlu lah mengeluarkan sijil Halal kepada pemilik restoran yang bukan islam khasnye. Selepas pihak tertentu telah mendapatkan sijil Halal, mereka akan buat sesuka hati terhadap makanan yang mereka proses.

Baru2 nie pun, aku ade terdengar kedai makan di area Shah Alam telah disamak satu kedai gara2 makanan yang mereka bekalkan mengandungi benda haram nie. Hhuhu.. Nasib baik lah aku tidak tegar dengan kedai makanan tue..hehe..walaupun hati ade terdetik nak masuk..hehe

Susahkan hidup kite nie, nak mencari halal n makanan yang diredhai oleh Allah. Yang menjadi darah daging anak2 kite. Kalau kite memberi makanan yang tidak ketahui halalnyer, anak2 kite yang jadi mangsa. Tengok lah sekarang nie, anak2 sekarang yang tidak suka dengar cakap ibu bapa..macam2 lagi ler...

ape2 pun, gunalah produk Muslim, Buatan orang Islam yang kini banyak di pasaran. kalau kite xmembantu sahabat kite, sape lagi nak memajukan produk2 bumiputera. (^_^) wasalam.hehe

p/s : pasni nie nak p beli kat kedai Pak Aji ler.. Halalan Toyyiban..sudah diketahui status halal nye.hehe
maklumlah kena stat masak, dapur baru dah siap berfungsi dengan baik..hehe

4 tinggal tapak tangan:

Anonymous said...

semakin lama semua barang berunsurkan syubhah! harap pihak berwajib lebih peka..
lainlah duduk kat US..tsk!

Masni Syafie said...

hehe..betul2..

risau utk anak2 masa depan.huhu..

haffizmohdnoor said...

susah nak makan zaman sekarang ni macam2 ada dlm makanan.. kena makan dr sumber yg diyakini je..

Anonymous said...

Untuk perhatian pembaca blog:
Produk HP Sauce adalah disahkan Halal oleh Halal Audit Company, The Netherlands. Berdasarkan kajian makmal juga, tiada kesan babi terdapat di dalam kandungan produk ini.

Manakala Tabasco adalah disahkan Halal oleh IFANCA Halal Research Centre, USA, yang diperakui oleh JAKIM, Malaysia. Produk ini tidak mengandungi sebarang kandungan berasal daripada haiwan.

HP Sauce dan Tabasco Sauce adalah selamat digunakan oleh semua umat Islam.

award from my frendz

award from my frendz
thank you nieyxzha