Thursday, June 16, 2011

HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi?? Status halal diragui masa kini, ape perlu kite buat?

selamat pagi sekali lagi.. (^_^) yang ini pun aku tertarik menarik kau memang da bomb...haha.. 

Status Halal, Sijil Pengesahan Halal Malaysia di tarik balik serta merta oleh Jakim kepada syarikat Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd.,  berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.

Sumber : DI SINI

Awal pagi tadi semasa aku on d way datang keje, aku dengar radio IKIM. Selepas itu muncul pulak status halal produk HP Sause n Tabasco Pepper Sauce mengandungi benda haram nih (babi). 

Ade pendengar dari mana ntah, menyuarakan pendapat beliau tentang bagaimana kite nak mencegah daripada umat islam terus memakan makanan yang haram. Menjadi darah daging dalam diri kite. Beliau berpendapat, tidak perlu lah mengeluarkan sijil Halal kepada pemilik restoran yang bukan islam khasnye. Selepas pihak tertentu telah mendapatkan sijil Halal, mereka akan buat sesuka hati terhadap makanan yang mereka proses.

Baru2 nie pun, aku ade terdengar kedai makan di area Shah Alam telah disamak satu kedai gara2 makanan yang mereka bekalkan mengandungi benda haram nie. Hhuhu.. Nasib baik lah aku tidak tegar dengan kedai makanan tue..hehe..walaupun hati ade terdetik nak masuk..hehe

Susahkan hidup kite nie, nak mencari halal n makanan yang diredhai oleh Allah. Yang menjadi darah daging anak2 kite. Kalau kite memberi makanan yang tidak ketahui halalnyer, anak2 kite yang jadi mangsa. Tengok lah sekarang nie, anak2 sekarang yang tidak suka dengar cakap ibu bapa..macam2 lagi ler...

ape2 pun, gunalah produk Muslim, Buatan orang Islam yang kini banyak di pasaran. kalau kite xmembantu sahabat kite, sape lagi nak memajukan produk2 bumiputera. (^_^) wasalam.hehe

p/s : pasni nie nak p beli kat kedai Pak Aji ler.. Halalan Toyyiban..sudah diketahui status halal nye.hehe
maklumlah kena stat masak, dapur baru dah siap berfungsi dengan baik..hehe

Penulis blog dinasihat jangan salah guna kebebasan bersuara - utusan malaysia

selamat pagi semua

Pagi nie aku tertarik dengan article dari utusan malaysia.

kepada blogger2 di luar sana yang aktif seperti aku nie...Aktif ler sangat..hahha...ini nasihat utk aku n korang2..hehe.. Bukan aper, kite bersuara menaip tanpa sempadan..main hentam kromo jer..hehe


Penulis blog dinasihat jangan salah guna kebebasan bersuara


Rais Yatim (tengah) bersama sebahagian penulis blog pada Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 15 Jun - Para penulis blog tidak seharusnya berselindung di sebalik hak asasi menyuarakan pendapat untuk meluahkan apa sahaja perkara demi kepentingan peribadi atau pihak tertentu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kebebasan yang dimiliki tetap mempunyai had berdasarkan ikatan kepada agama, budaya serta perundangan sesebuah negara.

"Mereka perlu melengkapkan diri dengan kekuatan dalaman bagi memilih apa yang terbaik untuk dilakukan demi rakyat sesebuah negara.

"Apa bezanya blogger dengan penulis akhbar, majalah atau wartawan penyiaran? Jika mereka menipu atau menyiarkan bahan-bahan lucah, budaya kita akan hancur dan mereka tidak lepas daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Kira-kira 400 penulis blog dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (AS), England, Australia dan Jepun menyertai persidangan selama dua hari itu.

Rais menambah, beliau menganggap penulis blog sebagai 'suara baru' dalam dunia tanpa sempadan yang memainkan peranan besar memberi sumbangan terhadap masyarakat global.

"Disebabkan itu anda perlu menggunakan suara ini demi kebaikan negara serta menjadi pemangkin kepada perpaduan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sehingga April lalu pengguna Internet di Malaysia berjumlah 17.5 juta orang.
"Sehingga 8 Jun lalu, jumlah langganan jalur lebar mencecah angka 4,980,740 akaun. Langganan jalur lebar isi rumah 3,876,990 akaun sementara jalur lebar tanpa wayar 2,985,310 akaun.

"Bagi liputan 3G pula, terdapat 9.7 juta langganan pada suku pertama 2011," katanya.

p/s : aku nie mempunyai kebebasan menaip jer tanpa sempadan.. bersuara hanya bole dengar di radio...haha

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday? memang patut aku jadi camnie pun

Assalamualaikum n selamat petang (^_*)

Memang patut pun aku dalam wordless wednesday...huhu.. Malas dalam segala hal. Nak berblogger pun malas...Nak wat keje pun malas...Nak pk bab keje pun malas jgk...huhu.. semua serba serbi aku pemalas arini..hehehe.. Xderla malas sgt pun..Cuma aku masih dalam mood bercuti lagi nie..huhu.. Aku baru balik dari kampung halaman aku..Memang xcukup masa la nak pegi jalan2 umah sedara mara. Ingatkan 4hari bercuti di kampung, dah cukup dah... Rupa2 nya masih xmencukupi...

nanti2 lah aku update tentang kampung halaman aku di Kedah.. Memang best la dapat balik kampung umah family. dah lame xbalik sana. Tok n Wan pun suka tengok cucu2 dia balik. Pasni nak balik lagi tapi time raya Aidilfitri..hehe.. Nak cuti panjang...Bole tolong anak2 kutip wit raye...heheh

yang paling best, dapat kuar dating kejap dgn my love tgk wayang kat Village Mall, Espie Kedah. Best n my first time tgk wayang kat kampung halaman..hehehe.. Baru tgk cite X-Men First Class..Memang best ler kalau sape2 yang minat n follow2 cite xmen.. Pasni xsabar nak tengok cite Transformer...30 Jun 2011.. (^_^)

bab cite wayang dah abis.. pasni cite bab lain ler plak..hehe
tgk dulu cite ttg sawah padi di kampung

Macam-macam ada...haha
Pasni kite bersiaran lagi yer..byk tul keje arini
maklum la baru masuk kije...

Jumpa lagiiiiiii...........

award from my frendz

award from my frendz
thank you nieyxzha