Thursday, December 8, 2011

Spontaneous Thursday #1-rumahtangga bahagia


selamat pagi

Setiap pasangan yg mendirikan rumahtangga mengharapkan suatu perkahwinan yg bahagia & kekal.

Keistimewaan & keunikan yg ada pada pasangan kita dapat mengeratkan pertalian rumahtangga itu.

" Kebahagiaan rumahtangga adalah kunci segala kejayaan hidup..."

Tunjukkanlah tanda penghargaan dan kasih sayang anda kepada pasangan anda setiap masa kerana perkahwinan adalah ikatan seumur hidup.

Picture aku kahwin dolu2...hehehe...

p/s: tgh pikir ape adiah anniversary kami untuk tahun depan..huhu..tanda penghargaan kpd pasangan (*_^)v


Friday, December 2, 2011

First time aku p imigresen kat putrajaya



Salam...crita nie dah lama dah...tp xdak lah lama sangat pun..hari selasa lepas...hehe..belum berhabuk lg crita aku nie..aku cuma nak bercerita tentang pengalaman aku semasa aku pegi bahagian Imigresen, Putrajaya

kenapa aku pegi imigresen? Bukan aku nak berhijrah ke luar negara, sebabnya aku nak renew Pasport pekerja kedai dobi : Mr Dhobi aku tuh..dah tamat dah...mula-mula pegi imigresen kat PKNS, shah alam, derang suroh pegi ke putrajaya untuk dapatkan surat kelulusan bg kat kedutaan...pagilah kami di sana

Bila sampai di putrajaya, tibalah aku@kami di Bangunan Imigresen yang tersergam indah...fuyooo!! besar dan tinggi...hehe...xdelah teruja sgt pun...mcm2 orang dari oversea aku tgk...hehe...naek lah lif ke ruang pertanyaan...Wow!! ramai sungguh org nak bertanya...siap buat dalam dewam yang besar dan beratur panjang..boleh tahan jgk kaki aku nak berdiri dgn nak tampung BB dalam perot lagi...

Sampai kat dalam, tanya dan tanya...xbole nak dapat surat,,,HAmpehhh!!! nak wat pasport pun clash dgn 6P pemutihanan tue...geram aku..hampir 2jam kot dlm dewan tue..nak cari makan, cafe...xnampak langsung batang bumbungnye...berlapar lah kami...last sekali...crita punye crita, smbil menunggu somi aku menguruskan hal-hal yang berkaitan, aku buat homework : soduku...

Macam2 aku dengar keluhan org ramai tentang masalah derang nak daftar pekerja asing derang nie..ade yang dtg jauh dari Johor, Seremban..semata-mata hal ini tapi xboleh buat jgk...xkan lah derang nak berkampung bawa kemah...jauh dohhhh...!!!

Last sekali, kami daftar dalam buku aduan tentang masalah aku@kami hadapi...kesudahan tunggu lah kerajaan war-war kan berita baru...huhu..awal tahun depan...Pekerja aku ade pasport yang telah tamat tempoh...huhu..balik dalam keadaan hujan yang lebat sekali di putrajaya

tatapan bangunan Imigresen


Ini adik aku dari Kedah...dtg bercuti sempena cuti sekolah

Firuz menang Ustazah Pilihan Astro Oasis musim pertama 2011


Salam di pagi Jumaat yang indah...Semalam (hari khamis mlm jumaat...hehehe) aku telah menyaksikan sesuatu rancangan realiti kemuncak program Ustazah Pilihan musim pertama...hehehe..korang ingat aku saksikan ape ek...Tak baek tau...

Aku telah menjangkakan yang Firuz akan menang malan inie..hehe..sebab aku memang suka dia dari awal episod lagi...aku suka dengan kepetahan kelancaran beliau dalam menyampaikan hujah-hujah yang bernas dan berkeyakinan...

Mari kite tengok serba sedikit berita dan biodata beliau 

Nama: Firuz Akhtar Binti Mohamad Bokhari
Tarikh Lahir: 29 Ogos 1984
Asal: Kuala Lumpur
Status: Bujang

Pendidikan
- MA Pengajian Islam dan Timur Tengah (Perbandingan Sastera Islami)
- BA Bahasa dan Kesusateraan Parsi
- SPM

Pekerjaan: Graduan Sarjana




FIRUZ AKHTAR dinobatkan Juara program realiti Ustazah Pilihan Astro Oasis.
SHAH ALAM: Graduan Sarjana Pengajian Islam dan Asia Barat dari Universiti St Louis, Washington, Firuz Akhtar Mohamad Bokhari, 27 dipilih sebagai juara pertama program realiti Ustazah Pilihan menewaskan tiga finalis lain pada peringkat akhir yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), semalam. 

Sebagai johan, Fairuz Akhtar dari Kuala Lumpur menerima sebuah kereta, wang tunai RM20,000 dan trofi. Tempat kedua dimenangi guru bahasa Arab dari Johor, Nurul Hidayah Kamaruddin yang menerima wang tunai RM15,000 dan trofi, manakala tempat ketiga, Siti Fatimah Mohd Sharif, 27 dari Kuala Lumpur untuk dengan hadiah wang tunai RM10,00 bersama trofi.
Tempat keempat pula adalah Masfira Hilman, 28 juga dari Johor menerima wang tunai RM5,000 dan trofi.


Keputusan:

Tempat Pertama –Ustazah Firuz

Tempat Kedua –Ustazah Hidaya

Tempat Ketiga –Ustazah Siti

Tempat Keempat –Ustazah Fira



TAHNIAH kepada semua pemenang....(*__*)


award from my frendz

award from my frendz
thank you nieyxzha