160 disyaki terkena radiasi
TOKYO - Pihak berkuasa Jepun melaporkan, kadar radiasi didapati telah melepasi had yang dibenarkan di loji Fukushima Daiichi 1, 240 kilometer dari utara Tokyo kesan daripada gempa bumi yang berlaku pada Jumaat lalu.
Menurut beberapa pegawai, penemuan tersebut sekali gus meningkatkan kebimbangan akan berlaku kebocoran radiasi dan kemungkinan berlaku kecairan teras loji nuklear.
Loji itu sebelum ini meletup menyebabkan asap menjulang tinggi ke udara sehingga mengakibatkan 45,000 penduduk dipindahkan kerana takut terkena ancaman radiasi.
Agensi Nuklear Jepun melaporkan bahawa bilangan orang yang terdedah akibat radiasi itu mungkin meningkat kepada 160 orang.
Berita seterusnya KLIK KOSMO DI SINI
nota kaki :
ape lah nak jadi dgn bumi kita nie...?? semakin hari kite dengar berita buruk yang menimpa bumi kita ini... Mohon pada Allah supaya lindungi lah negara kita, Malaysia dari segala malapetaka yang menimpa... Aku bersyukur, negara kita masih aman dan harmoni...so, aku sentiasa panjatkan doaku pada-Nya supaya hidup kita aman dan harmoni....amin
Sebenarnya, aku sedang menunggu jiran baru aku nie...Rumah baru aku...hehehe..dah siap dibina dan aku dah terima kunci nyer....hehehe.. akan d update kemudian....