Salam Jumaat....
Dalam kehidupan, sering berlaku perkara yang tidak kita
sangka. Malahan,perancangan dan jangkaan kita kadangkala tersasar dari
realiti atau takdir yang dipersembahkan kepada kita. Hakikatnya, seandainya kita menghulurkan bantuan atau melakukan kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan
dibalas walaupun yang membalasnya bukannya orang yang menerima bantuan atau
kebaikan itu sendiri.
Ingin dikongsikan di sini satu pengalaman seorang
fasilitator latihan & motivasi semasa mengendalikan satu program di sebuah organisasi
korporat. Apabila ditanya tentang harapan atau expectation pada pihak pengurusan atau organisasi tempat bekerja, salah seorang staf yang mengikuti sesi
tersebut menyatakan;
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan terhadap organisasi ini.”
“Mengapa?” balas fasilitator tersebut.
“Dari pemerhatian saya, organisasi ini penuh dengan kaki bodek dan kaki ampu. Sedangkan orang yang
bekerja secara ikhlas diketepikan, tidak dihargai dan tidak
menerima ganjaran yang wajar. Saya bukan orang yang bermuka-muka. Saya tak pandai nak ampu-ampu bos atau
orang atasan. Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Peserta berkenaan merupakan antara staf paling senior di
organisasi tersebut. Pengalamannya di organisasi tersebut mencakupi puluhan tahun. Malahan, itu adalah kali
terakhir dia mengikuti program latihan memandangkan beberapa bulan lagi beliau akan
bersara.
Semasa waktu rehat, sambil minum-minum, fasilitator tersebut
bertanya kepadanya,
“Anak-anak masih bersekolah atau sudah bekerja?”
“Anak-anak masih bersekolah atau sudah bekerja?”
Tidak disangka soalan tersebut membawa keceriaan pada wajahnya. Staf tersebut menceritakan bahawa semua anak-anaknya sudah bekerja. Anak-anaknya kini bertugas sebagai doktor, jurutera, dan pensyarah. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz. “Alhamdulillah semua anak-anak saya ‘menjadi’.
Lantas fasilitator tersebut terpanggil untuk bertanya lagi,
“Jika diberi pilihan, antara anak-anak yang ‘menjadi’ dan berjaya dalam karier mereka, atau anda dapat naik pangkat dengan gaji lebih, mana satu yang dipilih?”
“Jika diberi pilihan, antara anak-anak yang ‘menjadi’ dan berjaya dalam karier mereka, atau anda dapat naik pangkat dengan gaji lebih, mana satu yang dipilih?”
Dengan pantas beliau menjawab,
“Tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi, biarpun saya tidak naik gaji atau berpangkat besar. Anak-anak adalah harta yang paling berharga!”
“Tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi, biarpun saya tidak naik gaji atau berpangkat besar. Anak-anak adalah harta yang paling berharga!”
Jawapan itu membuatkan fasilitator tersebut tersenyum sambil
berkata, “Sebenarnya keikhlasan dan
kegigihan awak bekerja dalam organisasi ini telahpun
mendapat ganjaran, tapi bukannya melalui kenaikan
gaji atau pangkat, tapi melalui ganjaran yang lebih
bermakna. Keikhlasan bekerja itu telah dibalas melalui kejayaan dan pencapaian anak-anak.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu,” kata beliau.
“Ada kalanya takdir dan kejadian yang Tuhan persembahkan terlalu misteri dan rahsia
untuk dijangkau oleh minda kita. Jadi kita perlu yakini,
what you give, you’ll get back.
Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan
yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” ujar fasilitator tersebut.
Terus staf tersebut bertanya pula “Maksudnya balasan atau
ganjaran itu tidak semestinya datang terus daripada orang atau pihak yang kita
berikan kebaikan itu?”tanya staf tersebut.
“Benar” jawab fasilitator tersebut.
“Maknanya kebaikan itu saya lakukan di tempat kerja, tapi
pembalasan Allah bukan melalui ganjaran pada pekerjaan saya, sebaliknya diberikan
dalam rezeki kejayaan anak-anak & keluarga, begitukah maksudnya?”
“Ya, sesungguhnya ketentuan Ilahi kadangkala terlalu
misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.
Ini dipanggil golden rule.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki tempoh
perkhidmatan yang tak berapa lama lagi ni?” tanya staf itu.
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun bos tak nampak,
tetapi Allah
Maha Melihat. ('',)
Bekerja itu satu ibadah. Andaikan umpama God is the CEO. Insya’allah, satu hari nanti manusia akan diperlihatkan
oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan semata-mata kerana tidak dapat penghargaan. Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya, kerana umumnya umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.
"Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan
berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Namun janganlah kita berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih” kata fasilitator tersebut di akhir perbualan.
Kesimpulannya, karma itu hakikat kehidupan. Kebaikan dan budi yang kita taburkan akan menyumbang kepada kehidupan yang lebih indah dan bermakna, dan membentuk masyarakat yang lebih mulia akhlaknya.
Mudah-mudahan sedikit pembacaan untuk renungan kita
bersama...
Peringatan untuk diri sendiri jugak ('',)
Like & Share jika suka...hehehe
Terima kasih
6 tinggal tapak tangan:
sgt terkesan dihati... moga kita semua dpt bekerja dgn ikhlas...
tq kongsi :)
perkngsian yang berguna =)
ikhlaslah walau apa pun yang kita lakukan...
SubhanAllah.. terkesan sangat cerita ini pada hati zura. huhuhuhu.
kadang2 kita tak terfikir pon ganjaran yang Allah berikan sebab kita selalu mengharapkan ganjaran dari manusia.huhuhuhu.
Terima kasih yer atas perkongsian cerita yang sangat memberi kesan nih. :)
terima kasih atas pengalaman yg dikongsi...hrp spe2 yg mmbaca mndpt syafaat yg berguna pd ms akan dtg...
Post a Comment