Pic: Google
Kisah ini dikatakan terjadi di daerah Klaten, Jawa tengah,
Indonesia. Seorang penarik beca yang bernama Pak Kasan mempunyai kisah yang
menarik tentang sedekah.
Pak Kasan mempunyai amalan sedekah yang unik iaitu memberi perkhidmatan
percuma pada hari Jumaat. Begitulah rutin sedekah Pak Kasan. Sesiapa sahaja
yang menaiki becanya pada hari tersebut, tidak dikenakan tambang. Begitulah yang
dilakukan pada setiap hari Jumaat.
Pada hari Jumaat seorang wanita kaya menaiki baca Pak Kasan.
Apabila sampai ke destinasi yang dituju, bertanyalah wanita kaya itu akan
tambangnya. Seperti biasa, penarik beca menyatakan bahawa pada hari tersebut
dia tidak mengenakan tambang. Si wanita kaya tersenyum namum masih belum
berpuas hati. Justeru dia bertekad mahu menguji si penarik beca pada masa lain.
Pada hari Jumaat seterusnya, si wanita kaya menaiki beca Pak
Kasan lagi. Kali ini wanita kaya itu mahu Pak Kasan membawanya ke rumah. Katanya
mahu berkenalan dengan keluarga Pak Kasan. Lalu si penarik beca itu pun
mengayuh tanpa sebarang prasangka pulang ke rumahnya.
Sampai di rumah, wanita kaya itu sedar akan keikhlasan Pak
Kasan dengan sedekahnya. Didapati Pak Kasan memiliki seorang istri yang solehah
dan anak2 yang baik. Pada pandangan wanita itu, Pak Kasan adalah seorang yg
sangat miskin. Namun masih mahu mampu bersedekah.
Rezeki tanpa diduga, wanita kaya itu mengajak Pak Kasan
sekeluarga menunaikan haji bersama dengan keluarganya. Wanita itu berkata “Pak
Kasan hidup sederhana bahkan serba kekurangan,tetapi tidak meninggalkan
sedekah. Sedangkan saya hidup penuh dengan kemewahan bahkan berlebih-lebih,
tetapi saya tidak pernah bersedekah”. MasyaAllah…..(credit to: buku mini
mudahnya menjemput rezeki)
Moral of
story:
Jika kite
membuat baik semata-mata kerana Allah, khususnya dalam hal sedekah. Pasti dan
pasti Allah akan membalas berkali ganda. Begitulah janji Allah. Janji yang
pasti dikotakan sejak dulu, kini dan hinggalah ke hari kiamat.
Marilah kite jadikan amalan bersedekah pada hari Jumaat yang
mulia…Peaceee….
5 tinggal tapak tangan:
Terkesan..
amalkan bersedekah.insyaAllah murah rezeki kan.
ana pernah gak bc kisah ni dlm buku mudah nya menjemput rezeki..mmg tertanam dalam jiwa kisah ni...
Nice sharing masni.. jom kita bykkan bersedekah..
pernah dgr tajuk buku tu. tapi belum pernah baca lagi. nice story.. rasa cam dah lama tak bersedekah :(
Post a Comment