Selepas tamat siaran Diandra yang selalu aku tonton nie
Timbul pulak drama bersiri baru sebanyak 13
episod berjudul Ku Cinta Kau Seorang yang kini mengisi slot Lestary di TV3 setiap
Selasa pada jam 9 malam.
Jangan terlepas untuk menonton drama komedi romantik nie...boleh kite berangan-rangan sebelum tido kan...hihihi..mane2 yang kelakar tu, kadang2 bole mengubat kepenatan badan kite yang sepanjang hari...
Drama komedi romantik terbitan Global Station Sdn Bhd itu
adalah karya terbaru Khairul Amri Khalid dan nukilan skrip oleh Shuhadatul Ain
Zakaria dan menampilkan barisan pelakon seperti Remy Ishak, Amyra Rosli,
Ruminah Sidek, Faradhiya, Zack X-Factor, Hafizzuddin dan Bill Azali.
Ia mengisahkan mengenai Batrisya, lakonan Amyra Rosli yang
dibesarkan dalam keluarga berada di mana segala permintaan dan kehendaknya
dituruti bapanya, Datuk Hisham.
Suatu hari, pekerja restoran milik Datuk Hisham, Helmi (Remy
Ishak) menegur sikap biadap Batrisya sehingga menyebabkan wanita itu berasa
malu.
Lantas dia pergi berjumpa dengan bapanya di pejabat
semata-mata mahu menyuruh bapanya memberhentikan Helmi.
Bagaimanapun, Datuk Hisham enggan melepaskan Helmi kerana
mengenali lelaki itu sebagai anak muda yang rajin dan tidak bermasalah dalam
melaksanakan tugas.
Kecewa terhadap tindakan bapanya yang enggan memberhentikan
Helmi, Batrisya bertindak lari ke luar negara selama sebulan sebagai tanda
mogok terhadap sikap bapanya itu.
Perbuatan Batrisya menyebabkan Datuk Hisham runsing
memikirkan dan berjumpa dengan rakan baiknya, Rahim untuk meluahkan penyesalan
kerana terlalu memanjakan anaknya.
Rahim bukan sahaja seorang sahabat yang setia mendengar
keluhan Datuk Hisham, dia juga memberikan pendapat yang terbaik.
Selepas puas bercuti, Batrisya pulang ke tanah air dan
ketika tiba di hadapan rumahnya, dia terkejut melihat papan tanda memaparkan
tulisan ‘Untuk Dijual’ sebelum bergegas ke restoran bapanya yang didapati sudah
tutup.
Batrisya kemudian berjumpa dengan Rahim yang menunjukkan
surat menyatakan bapanya sudah muflis dan terpaksa melarikan diri disebabkan
banyak berhutang.
Dalam surat itu juga bapa Batrisya menyuruh wanita itu untuk
tinggal bersama Helmi dan neneknya yang sudah tua dan nyanyuk.
Helmi adalah anak yatim piatu, tidak dapat melanjutkan
pelajaran atas faktor kewangan dan terpaksa melakukan banyak pekerjaan untuk
membiayai kos perubatan neneknya yang menghidap penyakit buah pinggang.
Batrisya cuba meminta bantuan daripada dua rakan baiknya
Maya dan Farah namun mereka enggan membantu dia dengan memberi pelbagai alasan.
Dia juga cuba menghubungi teman lelakinya, Razman, namun hampa.
Sementara itu, Helmi menjelaskan kepada Batrisya beberapa
peraturan di rumah itu dan dia juga perlu membantu menjaga neneknya jika mahu
terus tinggal di situ.
Apakah yang bakal berlaku kepada Batrisya seterusnya?
Jika korang terlepas episod boleh klik Tonton.com
7 tinggal tapak tangan:
sue tgk 1st episod pon dah gelak2 dah ngan watak remy ni
mmg best pon..heroin pon cantik sgt
Tengok citer ni. Dah terjebak sbb best. Tak sabar nak tunggu selasa next week. Geram betul tgk watak batrisya tu ☺☺
best..tak sabar nak tengok episod seterusnye. nape la die buat sekali setiap minggu je.
menyampah tgk pelakon wanita dia..huhu
lama x tgk drama melayu ... skg tgh giler lyn drama korea
macam menarik jer sinopsis dan pelakon nye..nak kene layan gak nih... :)
Post a Comment