Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi
yang ceria (",)v
Camne dengan pagi jumaat kite semua arini? diharap semuanya dalam keadaan yang ceria dan bahagia (",) Jom kite berkongsi sedikit ilmu di pagi Jumaat yang penuh berakah
Diriwayatkan dalam satu hadis:-
Anas bin Malik r.a. berkata: Jibril datang kepada Nabi
s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi s.a.w.
bertanya kepada Jibril: Apakah cermin yang putih ini?
Jawabnya: Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab
yang ada di hari Jumaat, telah dikurniakan untukmu dan umatmu, sehingga
umat-umat yang sebelummu berada di belakangmu, iaitu Yahudi dan nashara
(Kristian) dan ada saat di hari Jumaat jika seorang mukmin bertepatan berdoa
untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah atau berlindung
kepada Allah dari suatu bahaya pasti akan dihindarkannya dan hari Jumaat di
kalangan kami (malaikat) dinamakan yaumul mazid (hari tambahan).
Nabi s.a.w. bertanya:
APAKAH YAUMUL MAZID itu?
Jawab Jibril: Tuhan telah membuat lembah di syurga jannatul
firdaus, di sana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap hari Jumaat di
sana disediakan mimbar-mimbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para nabi
dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada di
duduki para siddikin suhada’ dan salihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang
di bilik syurga) berada di belakang mereka di atas bukit kecil itu berkumpul
menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, minta (Kami mohon
keredaanMu).
Jawab Allah: Aku telah reda kepadamu, keredaan sehingga kamu Aku
tempatkan di rumahKu dan Aku muliakan kamu, kemudian Allah menampakkan kepada
mereka, sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka TIDAK ADA HARI YANG MEREKA
SUKA SEBAGAIMANA
HARI JUMAAT, kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan
kehormatan mereka. menyeru pembaca sekelian agar mendoakan untuk diri,
keluarga dan negara kita pada hari berkat hari ini.
Mari kita ucapkan syukur atas segala nikmat yang diberi dan
bersabar atas kesulitan dugaan ilahi. Tanda orang beriman ialah bersyukur bila mendapat nikmat dan
bersabar bila menerima ujian dan kekurangan.
Doa antara dua khutbah sangat mustajab.ustaz selalu selalu ingatkan agar berdoa ketika waktu
itu untuk mendapatkan doa yang mustajab.
Semoga hari ini turut meningkat cinta kita kepada Rasulullah
saw apabila dapat berterusan membasahi lidah berselawat kepada baginda dan
sekelian ahli bait (keluarga) nya.
Salam Jumaat kepada semua (",)
Like & Share jika kite sayang pada kawan-kawan kite...
saya sayang kawan2 saya di luar sana... ('',)v
0 tinggal tapak tangan:
Post a Comment