Selepas hampir tiga hari ditutup ekoran kebersihan yang
kurang memuaskan, Restoran Nasi Kandar Ayam Merah atau lebih dikenali sebagai
"nasi ganja" beroperasi semula hari ini.
Restoran yang terletak di Jalan Yang Kalsom, Ipoh itu
mencetuskan kontroversi ekoran arahan penutupan Jabatan Kesihatan Perak setelah
mendapati pemilik restoran berkenaan gagal memenuhi piawaian kebersihan
ditetapkan.
Pengurusnya, Mohd Nithmathullah Syed Mustafa mengucapkan
ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri, Jabatan Kesihatan Perak dan
pelanggan setianya atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada
restoran tersebut.
“Mulai hari ini, kami berniaga semula dan saya harapkan
orang ramai tidak lagi mempercayai berita-berita palsu yang disebarkan kerana
saya jamin semua itu tidak benar,” katanya dipetik dari portal Perak Today.
Biarpun mengalami kerugian setelah premisnya ditutup selama
tiga hari, Nithmatullah berkata, ia sama sekali tidak mematahkan semangatnya
untuk terus meneruskan perniagaan itu seperti biasa.
“Kesemua perkara yang diarah oleh pihak Jabatan Kesihatan
Perak telah kami laksanakan dan hari ini perniagaan dapat beroperasi semula
seperti sedia kala,” katanya.
Sementara itu, Nithmathullah juga tidak berasa begitu
khuatir mengenai kepercayaan pelanggan kerana berita yang tersebar di laman
sosial Facebook itu ternyata palsu.
Sejurus selepas arahan penutupan restoran tersebut minggu
lalu, timbul pelbagai khabar angin di Facebook termasuk yang mendakwa pemilik
restoran berkenaan menyimpan najis manusia dalam peti simpanan makanan untuk
melariskan jualan mereka.
Bagaimanapun perkara tersebut dinafikan oleh pemilik
restoran itu yang membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut.
Khamis lalu dalam sebuah operasi bersepadu melibatkan Majlis
Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam
Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen
mengeluarkan notis perintah tutup premis.
Perintah itu dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Abdul Rahman Ismail berkuat kuasa
pada Khamis lalu sehingga 28 November.
Menurut Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kinta,
persekitaran penyediaan makanan yang tidak bersih boleh mendatangkan bahaya
kepada kesihatan orang awam.
Katanya notis itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan
1983, jika disabitkan kesalahan boleh didenda atau dipenjara tidak lebih lima
tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun setelah pemeriksaan susulan dibuat, restoran
tersebut dibenarkan kembali beroperasi biarpun tidak mencapai tempoh selama dua
minggu. – 18 November, 2013.sumber : Yahoo.com
Berita penutupan Premis : Boleh klik di SINI.....
Korang suka makan nasi kandaq tak? hihihi...
(",)v
6 tinggal tapak tangan:
nasik kandaq..kurang2...
Semoga lepas nie sentiasa menjaga kebersihan ya...
sedap sangat ke nasi ganja ni?
Patutlah kebanyakan kedai nasi kandaq ramai org kan..hihihi
suke gk lyn nasi kandaq... dia punye kari mmg mantops tp tak penah try lg lah yg nasi ganja tuh... sume ckp sedap mmg tingin gk nk cari
lama dah tak makan nasi kandar sebab kat pahang nasik ni tak pemes..btw nasi kandar sedap
Post a Comment