I Love Purple....
Saya tak menolak mungkin kami boleh dapat anak kembar
berdasarkan genetik saya.
“Tunggu sahajalah berita gembira nanti. Kalau betul
alhamdulillah. Doakan kami,” katanya.
Lisa Surihani Mungkin Dapat Anak Kembar.
LAPAN bulan menyemai cinta di alam rumahtangga, ternyata
setiap momen bahagia itu dinikmati dan dihargai oleh pelakon yang cukup dekat
di hati masyarakat.
Tentu sekali kita sedang berbicara mengenai si cantik manis
Lisa Surihani Mohamed, 26, dan pasangannya Yusry Abdul Halim, 39.
Kemana-mana pun mereka pergi, kedua-duanya tidak pernah
gagal meraih perhatian peminat yang begitu gembira dengan penyatuan dua jiwa
itu sebagai suami isteri.
“Sebenarnya Lisa rasa bersalah sangat, ” katanya ringkas
sekali gus mencetuskan rasa ingin tahu penulis.
“Lisa rasa bersalah sebab lepas kahwin ni berat badan makin
naik. Nampak makanan yang sedap, mesti nak makan.
“Cuba juga kawal, tapi kadang-kala tewas. Mungkin juga macam
orang cakap, tengah bahagia agaknya. Tapi sekarang dah susut kembali,” katanya
dalam derai tawa.
Sengaja mengusik pelakon filem Sekali Lagi dan Ombak Rindu
ini yang seolah-olah menunjukkan tanda-tanda kehamilan.
Namun, Lisa cepat-cepat menepis usikan itu.
“Tak adalah. Belum lagi. Sekarang ini pun kami sedang
berusaha untuk dapatkan anak. Tentang berat badan, setakat ini tak ada pula
doktor yang kami temui menyarankan saya untuk naikkan berat badan.
“Iyalah, memandangkan saya ni kurus sangat dulu, ada juga
yang kata begitu. Tapi alhamdulillah, doktor pun tak minta saya naikkan berat
badan dan saya sihat,” katanya.
Lanjut bercerita mengenai anak, kata Lisa, dia tidak setuju
jika ada yang mengatakan dia mahu merancang keluarga seperti sesetengah
pasangan suami isteri lain yang baru berkahwin.
Menyedari bahawa ada pasangan yang membuat keputusan begitu
kerana mahu menikmati masa berdua dan enggan terbeban dengan anak, kata Lisa,
perkara itu tidak berlaku pada dia dan Yusry.
“Untuk kehamilan pertama, saya dan Yusry kalau boleh mahu
anak cepat. Kami ambil kata-kata orang lama yang banyak menasihatkan agar usah
merancang keluarga untuk kehamilan pertama.
“Bagi kami, anak itu adalah rezeki. Tuhan nak beri kita
terima. Tapi untuk anak kedua, saya dan Yusry dah bersetuju yang kemungkinan
kami akan merancang. Itu baru cara yang betul kalau kita sebut pasal bab
merancang keluarga.
“Orang kita sekarang ni banyak yang dah salah faham.
“Ramai ingat yang kehamilan pertama perlu dirancang, padahal
yang disarankan adalah untuk kehamilan kedua.
“Tapi nak merancang pun, kenalah berpada-pada. Banyak faktor
kena ambil kira. Perkara ini pun dah diterangkan dalam kursus pra perkahwinan.
“Biasanya, dari segi kewangan, kerjaya dan macam-macam
lagi,” katanya panjang lebar.
Diminta jaga diriSemestinya, sebagai seorang wanita yang
melalui fasa hidup sebagai seorang isteri, anak keempat daripada lima beradik
ini juga mahu bergelar ibu sama seperti wanita lain.
Mempunyai suami prihatin dan penyayang seperti Yusry tentu
sekali menyebabkan Lisa dalam masa yang sama turut dicemburui ramai.
Mungkin juga sebagai langkah dan usaha mereka untuk menimang
cahaya mata, kongsi Lisa, suaminya itu kerap kali memintanya supaya sering
menjaga diri.
“Ada jugalah masa-masanya, Yusry minta supaya saya
berhati-hati ketika melangkah kemana-mana. Macam-macamlah pesanan dia.
“Jangan jalan laju-laju sangat, jangan selalu sangat pakai
kasut tinggi, jaga pemakanan, pendek kata dia memang banyak berpesan pada
saya,” katanya.
Seronok dapat kembarIbarat satu soalan lazim untuk mana-mana
pasangan yang baru berkahwin bila ditanya soal anak.
Soalan susulan tentunya akan muncul dan ia biasanya berkisar
tentang jantina anak pula.
Sama seperti Lisa, dia juga mengaku tak pernah surut ditanya
dengan soalan-soalan sedemikian. Namun tidak pernah sekali pun dia mengelak
untuk menjawab.
“Biasalah, orang akan tanya benda-benda begini. Tapi soal
jantina sama ada saya atau Yusry, kami berdua tak pernah kisah pun.
“Bagi kami anak itu rezeki. Cuma, kalau ditanya dan ikutkan
rasa mahu tu, kalau boleh saya nak anak lelaki sebagai anak pertama.
“Sebab nanti dia boleh jadi pembimbing pada adik-adiknya.
Kalau Yusry pula, dia mahu anak perempuan.
“Tapi lagi seronok kalau dapat anak kembar. Kebetulan, masa
ibu mengandungkan saya, dia kata saya ada kembar.
“Tapi kembar saya tu tak kuat. Saya tak menolak mungkin kami
juga boleh dapat anak kembar berdasarkan genetik saya.
“Tunggu sahajalah berita gembira nanti. Kalau betul
alhamdulillah. Doakan kami,” katanya.
Marilah kita bersama-sama mendoakan supaya Lisa dan Yusri cepat mendapat cahaya mata...ini akan menambahkan lagi kebahagiaan dalam keluarga mereka...Ameenn
('',)v
3 tinggal tapak tangan:
Moga mreka akan dikurniakan anak secepat mgkin..bahagia je tgk mrk ni..so sweet kan..
salam kenal..follow sni #643 :)
macam pregnant tapi tak bgtau lagi jee
semoga cepat dikurniakan cahaya mata bagi mereka...
Post a Comment