Friday, April 29, 2011

Tazkirah jumaat...hehe..kite x pegi solat jumaat kan..

Assalamualaikum dan selamat pagi

hari ini, korang ade pegi mane x? duit gaji mesti dah masuk kan...hehehe
aku xpasti pegi mane arini. tetapi yang aku pasti n sangat pasti akan pegi gim utk meng exercisekan badan aku yang sakit2 nie..dah lame melemakkan badan aku selama ini...

ok u olls, marilah lah kite baca tazkiran n x brp nak tazkirah sangat ler..hehe..utk pengetahuan n amalan korang jer..hehe.. petikan dari motavasi  DARI KURSUS IBUBAPA SEBAGAI MOTIVATOR OLEH DATO’ DR FADZILLAH KAMSAH

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih” dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.

10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (ada faham).

11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable moments) adalah seperti berikut:-;
· Sebelum tidur
· Semasa tidur
· Selepas tidur
· Selepas riadah
· Selepas solat
· Selepas mandi air suam

12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti “ Nak, solat jangan ditinggalkan ” dan bukannya “ Nak, jadilah anak yang cemerlang ” (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.

14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.

16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.

17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.

18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)

19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.

20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang!!!

21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.

22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.

23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru dengan Hj Afandi).

24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.

25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.

26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.

27) Menyebutkan Hadis Qudsi “ Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya”. Jadi kena sentiasa positif.

28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.

29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.

30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. “Doa itu senjata bagi orang mukmin”.

31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.

32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.

33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.

34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

Thursday, April 28, 2011

Lima perkara kita (wanita/perempuan) mahukan dalam kehidupan

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita akan usaha utk mendapatkan nya :

  1. wajah yang cantik  
  2. duit yang banyak
  3. kesihatan yang baik
  4. anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
  5. tidur yang nenyak tanpa ganguan

senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.


kata nabi saw
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه


siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya


dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat


dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat


dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

wanita/perempuan - qada solat... harus baca ini

Assalamualaikum, selamat petang
sekadar berkongsi ilmu pengetahuan ( * petikan dari email yang akan d delete..hehe)

WAJIB DIBACA! kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan
ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(aku rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan aku ini)

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam;
"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang
ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada
kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa....

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."

perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang
didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)


HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di d a lam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat
Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :

-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara
perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil /
Darul Haram Lil Turath, Kaherah.



betul ker pasni blogger team akan delete sape yg xde akaun Gmail?





Selamat pagi..

Pagi tadi, aku ade blogwalking kat blog nieyxzha  tentang berita tue..

Betul ker blogger team akan delete blog mane yang x log in guna email Gmail? aku dah ler xlogin guna Gmail...huhu.. mcm byk keje plk nak wat...

selamatkan rumah maya aku nie... ='(


Wednesday, April 27, 2011

aku baru tahu, blog aku xdapat buka tadi disebabkan virus.. check cepat!!!

hai, selamat petang

aku xtahu tiba2 umah aku diserang virus...huhu..selama 1 jam xdapat nak jengah umah aku nih
aku hingatkan, d latest yang menyebabkan virus, bcoz aku ade upload pic dr google

aku baru dapat tahu dari blog Miss Tira nie..bagus info nye.

aku cepat2 check status rumah aku..mesti ar aku sayang pada umah aku nih..huhu..aku dapati umah aku dah selamat dari serangan makhluk perosak tue... Alhamdulillah. ini buktinye. korang bole la masuk blog aku bile2 masa sahaja tanpa perlu membunyikan loceng. just tinggalkan jejak korang jer..hehe


korang check la cepat..!!!

Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan

hai, u olls
arini aku ade terbaca dari email lame2 aku
penuh giler sarat gn isi kandungan yg bagus2 utk dikongsi bersama
aku nak clean up my email, but sayang plk nk delete kan
so aku publish di dalam diari aku ni le
pasni boleh ler delete email aku tue..hehe
selamat menimba ilmu, penuh d dada
*
*
*
PETUA IMAM SYAFIE 

4 PERKARA UNTUK SIHAT 
*
Empat perkara menguatkan badan 
1. Makan daging 
2. Memakai haruman 
3. Kerap mandi 
4. Berpakaian dari kapas 

Empat perkara melemahkan badan 
1. Banyak berkelamin (bersetubuh) 
2. Selalu cemas 
3. Banyak minum air ketika makan 
4. Banyak makan bahan yang masam 

Empat perkara menajamkan Mata 
1. Duduk mengadap kiblat 
2. Bercelak sebelum tidur 
3. Memandang yang hijau 
4. Berpakaian bersih 

Empat perkara merosakkan Mata 
1. Memandang najis 
2. Melihat orang dibunuh 
3. Melihat kemaluan 
4. Membelakangi kiblat 

Empat perkara menajamkan fikiran 
1. Tidak banyak berbual kosong 
2. Rajin bersugi (gosok gigi) 
3. Bercakap dengan orang soleh 
4. Bergaul dengan para ulama 


4 CARA TIDUR 

1. TIDUR PARA NABI 
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit Dan 
Bumi. 

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH 
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam. 

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA 
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak Dimakan. 

4. TIDUR SYAITAN 
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 



Tuesday, April 26, 2011

Asyraf Muslim dan bertunang....Tahniah !!!

Aku baru jer baca tentang pertunangan dia dgn dayana di Kosmo! online .

Agak terlewat aku mengetahui berita sensasi kerana cibuk dgn keje harian di luar kawasan tempat keje.





Tahniah aku ucapkan pada ‘ustaz amirul’ yang lame menjadi kekasih hati alam maya ku.hehe. sama cantik, sama padan. Putih n ungu warna fevret aku tue.

Kedua-duanya berkecimpung dalam dunia perubatan. Sesuai sungguh gitue..hehe.
Asyraf muslim akan bernikah di mekah pada 1syawal 2011.. 

wow..!! suasana yang sungguh meruntun hati n perasaan bile bernikah d tanah suci Allah.. moga kalian berdua mengharungi zaman pertunangan dgn jayanya. Terbaiklah..



iklan nuffnang xkuar d destop aku...TOLONG aku weeiii..sape yang teror ict?

hai...selamat tghari semua...kuar makan lunch  x?

aku baru nak pk nak kuar makan lunch ke tidak?hehe.. aku baru balik ke meja aku nih. xsempat nak tour blog korang semua

sebenarnye aku dlm dilema nih. kenapa iklan nuffnang xkuar di blog aku? klau aku p blog2 lain pun sama jgk..iklan nuffnang xkuar. xdapat aku nak klik utk korang...huhu..sape2 yang klik aku, i say thank you very much...muahh..!!!

aku g servey kat pc org lain. nak tahu ape masalah aku. rupa2nye iklan nuffnang kuar.

aku dah download, Flash Player, install n run..but xkuar jgk. myb my pc problem kot.. ntah2  perlu format x? orang comel, cute warna oren pun xkuar jgk...huhu

help me somebody whose know my problema...huhuhu.. ='( aku nak jgk klik iklan nuffnang korang jgk

korang nampak iklan nuffnang kat blog aku x? n org comel sbelah blog aku?





Monday, April 25, 2011

terlebih makan sudah...huhu

hai...selamat petang... kenapa aku mengantuk sangat tadi? rupa2 nye aku terlebih makan sudah..

sebenarnya aku baru nak on diet today bcoz berat aku dah naik secara mendadak. tetapi arini kan gaji baru masuk ke akaun, kawan aku pun mengajak aku kuar makan. yang best tue, dia yang belanja makan...hehehe. ape lagi melantak la aku..huhu..makan free plok tue.. nak tahu ape menu aku lunch tadi? hahaha... kate nak on diet kan..nie dia menu aku order :


  1. nasi putih - satu pinggan
  2. tom yam seafood - satu mangkuk
  3. sotong goreng tepung - sodapppp!!!
  4. sayur kangkung masak belacan
  5. penting , ais kacang yg sedap, marbeles la
adakah aku kena on diet?

korang, tolong lah aku bagi semangat, kurangkan makan...



54.4...!!! ape dah jadi nie...

hai dan selamat pagi...

camner cuti korang minggu lepas? ape aktiviti korang buat? eyerla kan, hujung minggu mesti kite ade macam2 aktiviti yang hendak dilakukan bersama-sama family n frends.. tidak ketinggalan dengan aku gak..hehe.. antara aktiviti yang aku lakukan bersama2 anak-anak n my love :

  1. sambutan hari lahir m.Muaz ( sabtu )
  2. pergi melawat tapak ( rumah baru )
  3. menghadiri seminar di ONE WORLD HOTEL, PJ bersebelahan dgn TV3, One Utama, niat nak pegi seminar, tetapi sbb seminar tue free, wat plak kat hotel...hehe..korang tahu la masakan hotel cmner kan..fuhhh!!! sedap giler la beb..hehe..lagi 5 minit pelayan datang bgtau yang cafe hotel nie akan ditutup..haah!! ais-krem belum mamam lagi nih... xperla..mmg best la dpt mkn kat hotel hingga x hingat dunia sekeliling bile time melantak...haha
  4. bersiar2 makan angin sambil menghabiskan masa n wang ringgit d Plaza Alam Sentral ( PAS ) , bukan parti pilihanraya yer..hehehe.. itu nama aku bagi..singkat n cepat...
memandangkan aku tertinggal cable nyawa hp aku d rumah, so xdapat la nak upload pic utk tatapan korang.

tetapi, aku ade crita nak bgtau pada korang...huhuhu...aku pegi timbang berat badan aku di PAS..tahu tak meter penimbang tue tunjuk nombor berapa?huhu...mesti la korang tahu kan..soklan bodoh plk..hahaha..tajuk pun dah ade jawapan nyer..hehe..mcm nak nangis jer...target anak 2 nie, berat badan nak 50-52 jer.. nie dia, bagi berlebihan pada aku...tak mo, tak mo...spls beranak, xpernah lagi p gim..kembali kan stamina pada diri aku...xnak gemok!!! nanti baju kena beli baru...huhu

confirm jumaat nie, rehat panjang..aku nak p gim. sorang2 pun xpe.. target dah tersasar..hehe..

p/s : pastikan timbang sebelum n selepas bersenam, n kurangkan makanan sedap.. makan yang tak sedap jer..bole x?




Friday, April 22, 2011

Dapur..Ohh..Dapur.. ape pilihan aku?

Alahai ( mcm mengeluh jer...)
nak masuk umah baru pun macam2 hal nak pk...huhu..
klu ade budget semuanye bole jadi kan. 
bile dengar je nak masuk umah baru
mestilah smua bende kena baru.
so, design yang aku pilih ialah...
" Moden Kontemporari "
ok x? hehehe

Dalam pemilihan ubah suai umah baru aku nie, 
aku lebih suke deco sendiri. search google..
no idea but still have a idea to make it..haha

skrg bab aku nak wat dapur baru. 
aku dah jumpe ape pattern yang aku nak
Now, i have 2 design dapur yang aku suka
but i dont know which is it

see the pic n u olls help me
which d best from ur eyes..hehehe
sebenarnye aku ade pilihan dah..haha
sjeje nak tya korang..mate korang same mcm aku x? hehehe

 Pilihan 1 

Pilihan 2 

u olls dah tgk kan.. then help me plz.. thanks


Lagi bayi mati di dera? aduhh... sungguh seyes perasaan aku

Lagi bayi mati...?? aduhh.. aku xbole mendengar klu bayi2 nie diperlakukan seperti itu. ape salah bayi itu? kenapa manusia zaman skrang nie tak berperikemanusiaan? dah xsayang nyawa yang diberikan? klu xsyg bende xperla lan..inikan manusia, bernyawa...eyerla, aku nie ade anak, 2 org dah. aku tak tahu la nak ckap byk lagi..sgt mendukacita sungguh manusia zaman skrg...


aku paling menci org yg buang bayi2 di merata2? klu xsuke bayi tue, jgn lah buang. bagi jer pada org yg xder anak..boleh ler bayi tue hidup. dia xbersalah...huhuhu

ini kisah yang aku baca, bayi mati didera, bayi mati didera kekasih ibu, bayi mati didera - lagi dan banyak lagi...huhu. ape perasaan korang?

p/s : aku nie cepat melatah bab bayi nih..hohoho..emo cikit bile dapat tahu ade lagi kes nih...
mungkin aku nak dpt bb no3 plk kot...hahaha..



layout background nak tukar, bole?

hai...selamat hari jumaat
*
sekejap je kite dah bertemu penghulu segala hari
rasa2nyer baru smlm aku rasa baru nak mula keje
(hehehe...ayat xbole blah...hahaha..)
pada yang berkerje gov. mesti diorg ade planning nk kuar kan
ade yang dah terima gaji dah minggu nie, ade yg ari isnin
pada pekerja swasta plk, tunggu hjung bln yer
n pada student d luar sana
minggu nie adalah study week
so selamat memerah kpla otak korang utk 
final exam minggu dpn...heheh
*
*
ape aktvt korg sekalian alam?
bershopping ker? duk lepak2 ker? tido ker?hehehe
atau kuar berfoya-foya bersama teman?
yang pasti n sangat pasti, aku xkuar rehat kot...
*
*
aku nak tukar layout n background blog aku ler...
*
ape pandapat korang?
perlu perubahan x?
aku tgk blog org lain xler seceria blog aku
hahaha.. bercolourful...hehehe
tapi itulah aku...aku suke pada kecantikan n warna warni alam
*
*
korang tgk la yer
*
n pendapat korang... perlu ke tidak




 p/s : hati aku rasa mcm nak tukar... kejap2 hati berbisik xnak plk...hohoho.. aku amat memerlukan bantuan korang la...HELP mE..!!!!

Wednesday, April 20, 2011

Suami, Hargailah isteri anda......Isteri, Hargailah ia...

hai,
selamat petang
*
*
cuaca d shah alam, hujan...
ptg2 gini mari la kite membaca utk pengetahuan
kite berkongsi bersama2
*
*
selamat membaca

Suami, Hargailah isteri anda......Isteri, Hargailah...


Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......


Beruntungnya seorang wanita sebab dia   ada rahim, oleh itu dia bekerja dengan Allah SWT...... jadi 'kilang ' manusia.

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti tetapi bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib Solat tetapi Allah SWT anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 90 hari ,  
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Ah yang si suami pulak, jangan lah berebut dengan bayi untuk menyusu pulak….


Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah SWT ,  
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami...
  "offer" lah pada suami ,  
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee (tak peduli),
 
Jangan buat alasan itu dan ini pulak...….ingat tu si isteri yee!!!
 
Kata nak pahala lebih…
 


Orang lelaki tak ada cuti dari Solat.....
Semua Solat  wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita,... Sepanjang dia mengandung
Allah SWT sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

I
nilah nikmat Allah SWT  beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?



Marilah kita pegang kepada tali Allah SWT.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati Syahid,
Allah SWT izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang bukan Islam,  dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.
 
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.



Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,   juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu   (lelaki),   lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,   dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.


"Wahai Ya Allah!...
ku tak layak ke  Syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua  ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha Illa L Lah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illa L Lah' ini.
Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah  'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" 


p/s : Yg blum bergelar isteri….elok gak tau…utk makluman kita bersamaaa…….hehehe


AWAS..!!! KICAP CAP KIPAS UDANG tiruan...

hai, 
selamat pagi n selamat ceria arini... hehehe.. 
*
*
senyum akan menghilangkan masalah.. 
untuk pengetahuan korang lagi, masalah aku dah selesai...
syukur, Alhamdulillah
*
Di sini aku ade info nak berkongsi dgn korang... 
SELAMAT MEMBACA


PERBEZAAN KICAP CAP KIPAS UDANG TIRUAN DAN ASLI

ZARAFOOD iaitu Syarikat Pengeluar KICAP CAP KIPAS UDANG ingin berkongsi dengan semua agar kita sebagai pengguna dapat mengelak dari tertipu oleh Pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Pihak ZARA mengesan kewujudan kicap tiruan ini (botol kecil sahaja)  sejak bulan September .
Untuk pengetahuan semua, pihak diorang telah membuat bancian di semua kedai runcit dan mini market diseluruh Malaysia bermula pada bulan September dan telah berkerjasama dengan pihak KPDN untuk memberi amaran  dan merampas kicap tiruan daripada peruncit telibat.

Untuk  jangka pendek bagi mengurangkan impak kepada pengguna pihak ZARAi telah membuat pembaharuan kepada capseal dan label untuk memudahkan pengguna membuat perbandingan diantara kicap tiruan dan asli. Produk dengan Label baru digunakan bermula pada penghujung September hingga kini dan boleh didapati di Hypermarket dan semua kedai-kedai yang lain.

Jika pengguna masih menjumpai produk kicap dengan label lama (Capseal hitam) sila buat perbandingan seperti gambar yang dilampirkan disini sebelum membuat pembelian. Pihak kami mendapati dari segi pembungkusan, 98% peniruan sama  dengan yang asli menjadikan pengguna susah untuk melihat perbezaan. Dari segi rasa memang tidak sama kerana produk tiruan banyak mengunakan air biasa, pewarna dan bahan pemekat , gula serta garam dan tiada rasa lemak (Umami). Berbanding produk asli yang menggunakan peraman ekstrak kacang soya yang mempunyai rasa lemak(umami) seakan rasa monosodium glutamate(ajinomoto).

Ok di bawah ni ditunjukkan bahagian yang pengguna kena lihat untuk memastikan produk yang dibeli Asli atau Tiruan. 




Rasa produk tiruan adalah sangat berbeza dari produk asli.

Produk tiruan mempunyai rasa kurang MANIS, BERBAU MAUNG DAN DIPEKATKAN DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN PEMEKAT(TEPUNG) DAN WARNA YANG AGAK CERAH. 

Diharap maklumat ini dapat membantu sesiapa sahaja pengguna KICAP CAP KIPAS UDANG ini dari tertipu dan aku berharap korang kat luar sana sebar-sebarkanlah agar jangan tertipu dengan Pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

p/s : Ingat ada bangsa lain yg ingin merosakkan perniagaaan org MELAYU dgn membuat tiruan supaya  palanggan lari kerana kicap kipas udang dah tak sedap.



Tuesday, April 19, 2011

kenapa kat pejabat xbole online arini...?

As salam
Selamat Malam
*
korang smua dah makan malam ker?
pasti sedap2 kan...hehehe
aku seperti biase, makan malam disediakan
*
*
utk pengetahuan umum
aku tak tahu kenapa arini blog aku xbole nak sign in
asik ade error je..hingga aku tertido untuk solve d problem
huhuhu...dgn harapan kul dpt le ber blogger gn blogger2 yg lain
tetapi xBOLE..!!! KENAPA...!!!???
harap2 besok bole le berblogger sperti biase
*
*
utk pengetahuan korang lagi
hehe..byk tul utk pengetahuan korang...hahaha
tapi mmg betol2 pengetahuan nyer
*
*
aku xbole nk follow2 korang
after 5pm, time pas keje bole ler aku follow2 korang yer
so, sila tinggal pesanan anda d kotak msg sy yer...
terima kasih..hehehe
macam wat announcement plak
*
*
anyway, insyaAllah kalau esok, blog aku xde masalah
bole ler aku menjengah blog korang
i follow2 you... you follow me... tq... hehehe
ayat standard nyer..hahaha
*
*
xtahu knp skrang nie aku giler berblog
klu xjupe korang smua, rasa mcm dunia nie bkn anna yg punyer..
klu aku ade masalah n sbrang pertanyaan
bole ler aku tya korang yer...
hehehe.. aku nie masih muda dlm dunia blogger
so, sila tunjuk ajar aku yer
*
*
knp tiba2 jer aku melalut entah ke mana..hehe

p/s: xtahu knp aku kurang ber fesbuk, dah suke cinta pada blog aku...hehehe

Monday, April 18, 2011

Jom Lunch... ke mane??

jom kuar makan
*
*
nak mamam banyak2
bcoz after 230pm
aku ade gotong royang tmpt aku keje ler
...huhuhu...
*
*
*
tatata




Selamat Hari Lahir, Sayangku..

hai
korang semua...
cuaca arini sgt indah n sejuk mate memandang
*
*
aku baru abis meeting gn geng2 opis
xsempat nak wish pada korang smua
Selamat Pagi Isnin...
mesti korang tgh mencari mood utk memulakan keje
hehehe..aku plk kena pggil meetg
*
*
*
back to our story
arini adalah ari istimewa anak sulong ku
*
Muhammad Mu'az Mohd Syafie



*** SELAMAT HARI LAHIR YANG KE3 ***

rupa2nye ank ibu nie dah besar
dah berumur 3tahun dah
masa berputar begitu pantas sekali
*
*
*
doa ibu pada anakku yang disayangi
@ semoga umur abang diberkati Allah SWT
@ dimurahkan rezeki
@ sentiasa menjadi ank ibu yang baik & cemerlang d dunia n akhirat
@ menghormati ibu ayah n org tua
@ ...........................
*
*
abg request nak kek secret
so ptg nie balik keje 
ibu pegi beli yer...hehehe
(mlm nie just celebrate small party utk family jer)
(surprise party abg on dis saturday...hehehe)
tungguuu....!!!!

Saturday, April 16, 2011

arini aku masak..paksa rela. tak tahu jadi ape

selamat sore ( tengahari kot)
atau pun dah ptg kot...hehehe
*
*
utk mengetahuan korang,
aku kena masak lunch arini
mak aku xder di rumah, dh pulang ke johor..
(abg tersyg plk kuar main bola ade tournament di bangi)
aku xtahu ape nak masak 
sebulan sekali baru nak jengah dapur..hehehe
aku nie bkn kaki masak, mamam bole la..hahaha
*
*
actually, aku buka peti ais kat umah 
(mak aku benarnye, masak n guna dapur mak aku...)
aku tgk la ape isi kandungan yg ade dlm peti tue
setelah di korek, di alih, kluarkan kan ape yg ade
*
*
daging,(aku nie dah ler xreti nk msk daging)
syur sawi kontot, lobak merah, bwg besar,puteh,
halia, serai...pastu aku g kedai beli la ikan...rs cam cikit jer
ermmm..ape menu yg aku nak masak nie...huhuhu
*
*
*
masak punya la masak..toang tang..tong tang kat dapur sorang2
ermm..ari pun hujan jer ptg gini
inilah jadinyer... akhirnye misi ari minggu aku selesai..
dgn jayanya.. bole dpt trofi x?hehe
*
*
hehehe..aku bersama periuk belanga
1) daging masak hitam... kot
2) sayur sawi ala2 cina
3) ikan goreng
*
*
*
selamat menjamu selera

Dinner di Sahara Tent, nasi Arab..

hai... selamat pagi
*
*
aku baru balik dari diner wit my all family
sangat ler ponat badan nie..tapi besthhh
dapat aku post satu entry pun ok gak nie
pasni entry aku upload pic jer.. sbb ade detik2 yang sronok
tak sempat nak dirakam
(org lain ade, tapi kena berlutut dulu..heheh)
*
*
*
ok
tema dinner kitorang malam nie
perempuan : arabic style
lelaki : bebas
(itu yg xpuas hati tue)
ade ke patut ayah suroh ank2 pakai baju jubah
walhal si ayah nye pakai suar jeans
ade ke patot???
memang xpatot sungguh
*
*
malam nie ramai yang hadir d mjlis hari jadi abah mertua aku
(harap2 abah aku yg kaya nie, dapat la blanja kami yer)
hehehe... agar d murahkan rezeki pasni... (xbodek k..)
*
*
picas nie menggambarkan suasana d dalam sahara tent... mcm suasana arab kan. trasa mcm brada di pasang pasir laa...hehehe. memang best!!! aku main belasah jer pakaian yang aku ade.. k la kan..
 aku n my love order arabic tea set small, 2 person, chicken mandi n my love, grilled fish (myb fish tue diimport dari sana kot...terbaik rasa isi ikan tue mmg fresshhhh... marbeles habis hingga menjilat jari... 

ok la, sampai d cini dulu..mate aku oun dah nak tido nie.. ank2 aku n my love dah pun menidurkan diri masing2.. hanya aku je masih mengetuk jari jemari nie..
*
*
*
ZzZZZzzzz... @_@ tatata!!!!

notakaki: my love, 1 ari ader umah, ade game bola d bangi.. ape aku nak wat?


award from my frendz

award from my frendz
thank you nieyxzha