Tuesday, December 15, 2009

~ Erti Kerinduan Seseorang ~

Kamu tahu apa rasanya merindui seseorang?

Rindu itu sebenarnya adalah satu rasa
kesakitan, kesengsaraan, kekeliruan
yang lahirnya terus dari hati kita.
Mengapa aku katakan begitu?
kerana sebenarnya kerinduan itu lahir dari rasa kebimbangan.
Bila kita mulai rasakan cinta itu cuma lahir dari hati kita sahaja,
dan bukan dari dia.
Atau rindu itu adalah
rasa kehilangan yang bercambah dari fikiran kita.
Maka saja kita jadi resah gelisah,
rasa apa yang ada di tangan kita
seolah-olah mahu beransur pergi.
atau kekhuatiran yang si dia,
kesayangan kita tidak merasakan apa yang sedang kita rasa saat itu.
Ingin sahaja kita jeritkan namanya.
mahu sahaja kita kejutkan dia dari lenanya di dini hari.
Seolah-olah mahu memberitahu dia,
kita sedang mengingatinya.
Hinggakan kita tidak dapat tidur kerana mengenangkan dia.
mahu sahaja dia berada di depan mata ketika itu.
Mahu melihat betapa lenanya tidurnya,
atau memerhatikan hela nafasnya ketika itu.
Hati kita pastinya merintih ketika merinduinya bukan?
Dan untuk si dia,
pasti akan ada suatu waktu,
untuk melahirkan jalinan kasih dalam hidup.
Menanti dan menanti lagi.
Hingga akhirnya tiba saatnya
aku akan terlena dalam senyuman.
Mengingatinya dalam kerinduan malam..
P/S : kerinduan ku pada insan tercinta terubat AKHIRNYA..dia pulang dari menghadiri kursus di Penang selama 2 Hari..huhuhu..Suker nyer... (",)

~ Makna Cinta ~



Hanya mereka yang pernah melaluinya
pasti menyatakan betapa indahnya meneroka dunia cinta.
Yang gagal pula barangkali serik untuk meneruskannya buat kali kedua.
Namun kepada mereka yang suka memburu cinta,
istilah tewas, kecewa, pedih atau terluka
tiada dalam kamus hidup mereka.


Sayang,cinta,
kasih,suka
atau obses kepada seseorang
adalah elemen yang tertera dalam dunia perkasihan.

Anugerah cinta adalah nilai yang tidak terhitung
kerana di dalamnya
terkandung pelbagai perkara yang memungkinkan
anda bertemu dengan pelbagai rencah dan
ranjau berbisa sebelum
akhirnya menemukan cinta sejati.

Mungkin perasaan sedemikian pernah atau sudah anda lalui
tetapi bagi yang baru pertama kali berdepan dengan perasaan dianggap aneh itu,
ia mungkin satu pengalaman sukar ditafsirkan.
Hayati makna yang terkandung dalam kata-kata
menyukai,
menyayangi,
mencintai
atau apa saja yang berkaitan dengannya sebagai panduan.

Saat kau menyukai seseorang,
kau ingin memilikinya
untuk keegoanmu sendiri.
Saat kau menyayangi seseorang,
kau ingin sekali membuatnya bahagia
dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau mencintai seseorang,
kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.



Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya
maka kau akan menggenggam erat tangannya.
‘Suka’ adalah saat dia menangis,
kau akan berkata:
“Sudahlah, jangan menangis."
‘Sayang’ adalah saat dia menangis
dan kau akan menangis bersamanya.
'Cinta’ adalah saat dia menangis
dan kau akan membiarkannya
menangis di pangkuanmu sambil berkata:
“Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”
‘Suka’ adalah saat kau melihatnya
kau akan berkata:
“Ia sangat tampan dan menawan.”
‘Sayang’ adalah saat kau
melihatnya dari hatimu
dan bukan matamu.

‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya,
kau akan berkata:
“Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”
Di saat orang yang kau suka menyakitimu,
kau akan marah
dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.
Di saat orang yang kau sayang menyakitimu,
engkau akan menangis untuknya.
Di saat orang yang kau cintai menyakitimu,
kau akan berkata:
“Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”
Di saat kau suka padanya,
kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.
Di saat kau sayang padanya,
kau akan membiarkannya memilih.
Di saat kau cinta padanya,
kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.


‘Suka’ adalah
kau akan menemaninya
apabila itu menguntungkan.
‘Sayang’ adalah
kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
‘Suka’ adalah
hal yang menuntut.
‘Sayang’ adalah
hal memberi dan menerima.

Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.


award from my frendz

award from my frendz
thank you nieyxzha