Kamu tahu apa rasanya merindui seseorang?
Rindu itu sebenarnya adalah satu rasa
kesakitan, kesengsaraan, kekeliruan
yang lahirnya terus dari hati kita.
Mengapa aku katakan begitu?
kerana sebenarnya kerinduan itu lahir dari rasa kebimbangan.
Bila kita mulai rasakan cinta itu cuma lahir dari hati kita sahaja,
dan bukan dari dia.
Atau rindu itu adalah
rasa kehilangan yang bercambah dari fikiran kita.
Maka saja kita jadi resah gelisah,
rasa apa yang ada di tangan kita
seolah-olah mahu beransur pergi.
atau kekhuatiran yang si dia,
kesayangan kita tidak merasakan apa yang sedang kita rasa saat itu.
Ingin sahaja kita jeritkan namanya.
mahu sahaja kita kejutkan dia dari lenanya di dini hari.
Seolah-olah mahu memberitahu dia,
kita sedang mengingatinya.
Hinggakan kita tidak dapat tidur kerana mengenangkan dia.
mahu sahaja dia berada di depan mata ketika itu.
Mahu melihat betapa lenanya tidurnya,
atau memerhatikan hela nafasnya ketika itu.
Hati kita pastinya merintih ketika merinduinya bukan?
Dan untuk si dia,
pasti akan ada suatu waktu,
untuk melahirkan jalinan kasih dalam hidup.
Menanti dan menanti lagi.
Hingga akhirnya tiba saatnya
aku akan terlena dalam senyuman.
Mengingatinya dalam kerinduan malam..
P/S : kerinduan ku pada insan tercinta terubat AKHIRNYA..dia pulang dari menghadiri kursus di Penang selama 2 Hari..huhuhu..Suker nyer... (",)
0 tinggal tapak tangan:
Post a Comment