Friday, June 3, 2011

Malam Gala Simply Siti Karnival di Uitm Shah Alam


Selamat petang semua...

Korang nak jumpa Siti x? hehe
datang ke sini



Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM dengan kerjasama SimplySiti akan menganjurkan Malam Gala dan Karnival SimplySiti 2011. Salah satu tujuan Malam Gala dan Karnival ini adalah untuk mengisi Tabung Destini Anak Bangsa UiTM. Butiran acara adalah seperti berikut:
 
KARNIVAL
Tarikh: 8 & 9 Julai 2011 (Jumaat dan Sabtu) 
Masa: 10 pagi - 11 malam
Tempat: Perkarangan Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM
 
MALAM GALA
Tarikh: 9 Julai 2011 (Sabtu) 
Masa: 8 malam
Tempat: Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM
 
Acara ini adalah terbuka kepada semua kakitangan dan juga orang ramai. Pelbagai acara menarik telah disediakan untuk para pengunjung Karnival seperti "Battle of the Bands", Rumah Hantu Malaysia, dan banyak lagi. Bagi Malam Gala SimplySiti, para tetamu akan dihiburkan dengan persembahan oleh Dato' Siti Nurhaliza serta barisan selebriti ternama tanahair yang lain seperti Amy Search, Ana Raffali dan Aizat.
 
Untuk Konsert Malam Gala SimplySiti, bayaran tiket akan dikenakan sebanyak RM38 untuk satu orang. Tiket akan mula dijual pada 7 hingga 9 Jun 2011 bertempat di Foyer Menara SAAS, UiTM mulai jam 12 tengahari hingga 3 petang. Tiket juga boleh didapati di Pejabat Am, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (MassComm) mulai 7 Jun 2011. Tempahan awal tiket (reservation) tidak akan diterima. Pembelian tiket adalah berdasarkan first come first serve basis. Tempat adalah terhad.
 
Bersama-sama ini dilampirkan poster bagi acara tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak Fakulti di talian 03-55444860/4865 atau 03-5521174.


nak tahu lebih lanjut, klik DI SINI.. terima kasih =) ( aku bukan wakil penjual tiket, okey..hehe)


Uitm dihatiku





1 tinggal tapak tangan:

Anonymous said...

I love what you guys tend to be up too. This type of clever work and coverage!

Keep up the terrific works guys I've included you guys to blogroll.

Feel free to surf to my website chronic disease health care reform *http://www.mywikibiz.com/User:IraTinkerxuzj*

award from my frendz

award from my frendz
thank you nieyxzha