*** IA BERKESAN
APABILA DI AWAL WAKTU DAN AURA BERJEMAAH
TEMPAT AZAN DILAUNGKAN SAHAJA ***
Waktu Subuh
Pada waktu
Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan
frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna
biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan
komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara
berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan
rezeki.
Ini kerana
tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku
dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam
erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya
saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga
inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan
sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang
tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam
seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna
kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan
dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna
kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang
selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya
akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah
sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian
warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana
spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari
dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah
kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan
lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah
(tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan
oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu
Maghrib
Menjelang
waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana
spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red)
dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka
resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya
berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulula.) kerana banyak
interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata
kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi
otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila
masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa
Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap
ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada
dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada
waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam
kerehatan.
Selepas
tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan
seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal,
pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu
ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail
** Marilah kite semua bersama-sama berusaha untuk solat diawal waktu dan berjemaah pada bulan ramadhan yang akan tibe tak lama lagi...semoga frenkuensi ini akan menjadi kan tubuh badan kite segar dan sihat di bulan puasa (",)
Yang ikhlas :
3 tinggal tapak tangan:
good sharing
thanks for sharing and nice sharing...
baguihkan.. tapi memang kalau sembahyang berjemaahtu feel dia sangat lain dari sembahyang sendirian.. kalau berjemaah di masjid yang pertama kita kunjungi lagi rasa berbeza.. feeling sesangat...
Post a Comment