Assalamualaikum kawan2
Hari sabtu 1 June 2013, adalah satu hari yang penuh berkat..hehe..Sebabnye satu hari makan nasi kenduri, FREE...aku n family menghadiri 3 buah umah kenduri kahwin kawan2..eyerla membalas jasa baek derang datang ke kenduri aku dulu-dulu kan...aku kan jenis golongan yang mengenang budi jugaklah tapi tgk tempat lah...klu luar kawasan Selangor, xdapat lah den nak pogi...hahahaha
Setelah penat seharian pada siang nya plak, kami pun sampai kat umah pada jam 630 ptg...Ingatkan nak rehat2 malam hari nye, rupa-rupanya cik asben ajak pegi ke Stadium Shah Alam- Mega Mawlid 2013...
Pada mulanya malas nak pegi sbb badan kan dah penat...tertidoq gak aku waktu mgribnya...huhu..cas energy utk mlm harinya kat stadium nanti bersaman family tersayang....
Keadaan di dalam stadium meriah sekali dengan orang ramai berpusu2 untuk memenuhi ruang yang ada...Tempat duduk dibahagikan dua, muslimin dan muslimat...tapi aku memilih duduk di ruang muslimin bersama anak2 n asben...hehehe...Pabila masuk ke dalam stadium, aku nampak memutih jer dan kaum adam berkopiah dan berjubah putih.....
Majlis bermula jam 830mlm di Stadium Shah Alam selepas solat Isyak...MasyaAllah...Tak boleh aku nak gambar kan keadaan semua orang sambil menyanyi mengalun bersama Habib Syeikh “Ya Hanana”.. MasyaAllah sungguh teruja aku mengalunkan kalimah Allah dan memuji Rasulullah....
Program ini 100% PERCUMA Anjuran Kelab Kebajikan & Rekreasi Richworks (RichWell)
MasyaAllah...Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk melibatkan diri di dalam majlis itu...
Gambar?? hah....aku xsempat nak snap pic sedikt habuk pun...terlalu teruja dengan alam sekeliling sehingga terlupa nak amik bahan bukti..yang sempat adalah rakaman jer....
Jika ada majlis mcm nie, aku nk pegi lagi...tapi peringatan, xnak bawa anak2...boleh terjejas konsentrasi aku...hahahaha
2 tinggal tapak tangan:
bestnyer
mak mastua, ipar duai sume g konsert ni. saya x pat g tp saya wakilkan anak saya... :)
Post a Comment