Assalamualaikum...
Selamat pagi dan salam jumaat
bertemu kite pada pagi jumaat yang indah ini
bersyukur kite kepada Allah SWT kerana
diberikan kesempatan utk kite masih bernyawa
dan berada di muka bumi Allah ini
Jom kite renung2kan cerita pendek ini
*
*
*
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di
tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar
satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg
kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri.
Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun
kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang
pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek
harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata
nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam
perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba
Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa
kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat,
tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu
ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada
buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar
seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg
hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis,
kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor
tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat
atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak
buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau
tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang
hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar
satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg
sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut
si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah
ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana
setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut
perigi dan buaya yg menantinya di bawah...
*
*
MORAL OF STORY :
si Hamba Allah itu adalah kita semua.
Harimau yg mengejar tu
adalah maut kita,
ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah...
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti
kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat
kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya
maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga
malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi
adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,
dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa
pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...
** Semoga cerita ini menjadi iktibar dan peringatan untuk kite semua..
SALAM JUMAAT dari....
9 tinggal tapak tangan:
Gud sharing masni.. kena la sentiasa berigat dan bersyukur kan.. ;p
Masni blk sp ka? Meh la Birthday Party Emir nanti..;p
nice sharing masni... betul kata Farah... kita kena sentiasa beringat dan bersyukur...
sma2 lah kita beramal utk mencri redhaNya smntara masih ada waktu n ruang :')
alhamdulillah..moga kita sma2 brsyukur dan x lali dgn apa yg kita miliki.. :)
tq for sharing..terasa insaf bila baca kisah ni.. sekelip mata manusia lupa bila memperolehi sesuatu...
yang penting kita sentiasa bersyukur dan menghargai org di sekeliling kita...
kan............ betul cerita ni... jgn la kite lalai dgn dunia.. huhuhu
salam jumaat....
singgah sini bls kunjungan.. nice story.. peringatan buat diri sy juga.. ;)
Post a Comment