Friday, February 14, 2014

Tazkirah jumaat : Hargai Masa


Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera
Sedikit tazkirah sedikit sebanyak la jgk (",) tapi boleh memberi manfaat kepada kite semua..InsyaAllah



MENGHARGAI MASA ADALAH SATU TUNTUTAN


Pengurusan Masa
Pengurusan masa adalah penting kerana masa adalah aset yang bernilai dalam hidup manusia. 
Semua perkara bergantung kepada ketentuan masa sama ada memberi keuntungan atau kerugian. Dengan itu pepatah ada mengatakan bahawa 'masa itu emas'.

Kepentingan Masa
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

 Maksudnya:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:

1) Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah dan apa yang disyari‘atkan oleh-Nya.

2)Melaksanakan amal salih. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang shalih di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.

3) Berpesan-pesan kepada kebenaran. Memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah.

4) Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah larangan Allah.


Jangan Suka Bertangguh-tangguh
Budaya "Esok Masih Ada" hendaklah dibuang daripada diri seorang insan yang bergelar  dalam mengejar kecemerlangan diri serta kecemerlangan negara. Bertangguh dalam melaksanakan sebarang tugas adalah tidak digalakkan dan akan merugikan masa seseorang.

Berhubung dengan masa juga pepatah Arab ada menyebut, maksudnya: “Masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu.”
Seorang penyair Arab al-Syarif al-Murtadha berkata: “Kita mengagumi setiap hari yang berlalu, sedang hari yang berlalu itu sebenarnya makin menyusutkan umur kita.”

Memanfaatkan Masa Di Dunia
Manusia akan memungut dan menuai hasil di akhirat daripada tanaman yang diusahakan di dunia. Manusia ditanyakan di akhirat kelak terhadap segala amalan yang dilakukan sepanjang tempoh umurnya di dunia.

Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Tidak akan melangkah seseorang hamba itu pada Hari Kiamat hingga ditanyakan mengenai apa yang dihabiskan dalam umurnya, apa yang dilakukan menurut ilmunya, ke arah mana hartanya di usahakannya dan dibelanjakan serta apa yang dibuat oleh tubuh badannya terhadap segala ujian dan tanggungjawab.”(Hadis riwayat at-Tirmizi).

Masa Tidak Akan Di Sia-siakan
Malah orang-orang yang beriman tidak akan membiarkan setiap keuntungan berlalu sia-sia dan tidak pula berhajat mengundang apa - apa kerugian. Mana-mana ruang kesempatan yang baik, sudah pasti direbutinya. 
Mereka akan sentiasa berpegang kepada pesanan Rasulullah S.A.W sepertimana maksud hadisnya: " Rebutlah (pergunakanlah) lima waktu sebelum tiba lima waktu yang lain iaitu:
i) Masa hidup sebelum mati
ii) Masa sihat sebelum sakit
iii) Masa lapang sebelum sibuk
iv) Masa muda sebelum tua
v) Masa kaya sebelum fakir."

Pernah Rasulullah S.A.W ditanya: "Manakah suatu manusia yang baik, Maka jawab baginda:
Siapa yang umurnya panjang, serta baik amalnya."

 Suntingan/ Rujukan:   Akhbar-akhbr Tempatan

Kesimpulannya :
Menghargai  masa dalam Islam adalah tanda keimanan. Ketepatan waktu dan kepentingannya dalam pengurusan adalah perkara yang tidak perlu dihuraikan lagi.

Tidak kira dalam apa-apa aspek sekalipun, kita perlu mendahului masa atau paling kurang menepatinya. Tinggal kan tanggapan orang " Janji Melayu "...sile menepati masa.. Jika kite hormat masa orang, orang pun akan hormat masa kite jugak kan...

Manfaatkanlah hidup kita sebaik mungkin kerana sedetik yang berlalu tidak akan berulang.

 Ingatlah, setiap saat di dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

From:

Like & Share if u like me (",)
thanks dear





Wednesday, February 12, 2014


Selamat petang

Alkisah la aku dengan hujung minggu aritu..en asben outstation PD...mulanya aku nak ikot bersama dgn anak2..but aku kena pergi sendiri...uhuhu..tu yang malas nk drive jauh sorang2...

decide nak duk umah jer la...aktiviti baca novel la...
novel ni aku sewa kat tadika anak aku jer...
banyak pulak tue..bole pilih2....
best..best..best sangat
xyah la beli..just sewa jer hujung minggu
hehehe..tournament baca selama 2 hari..hihi
kellasss mak jemah baca sampai ke pagi..hihi

Tajuk:
Jodoh itu Milik Kita


Sinopsis :
“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia

“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial

“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?

**************************

Memang layan jugak aku dengan novel
selalu layan anak2 and suami
sekali sekala layan novel..lupa sekejap family..hihi

Ade tayangan kat TV kan....kan....





Wordless wednesday 120214 - pestime guna liptik merah....





Liptik Fazura from avon...



Fazura kerrr....hahahaha...


Ngap..ngap...my bekpes ke nih?


Selamat sejahtera (",)

Korang dah bekpes belum?

alahai...apelah nak jadi dgn aku nih
banyak lagi makanan yang sihat
boleh dimakan utk bekpes
tapi nie juga yang nampak..hehehe


Cheese Tart Strawbery..!!!
my breakfast today...

korang bekpes ape jer...(",)v



Tuesday, February 11, 2014

Soffy?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pagi yang indah
kini sudah terang
Aku dalam mood yang ceria
sebab baru je pas bekpes

Cik Soffy ???

kenapa dgn nama tue yer?
Sedap dengar x nama tu?

Kenapa aku letak nama
" Soffy Masni "

Sekarang nih korang mesti tertanya-tanya kan..hihi
nama baru aku kot....miss soffy

Haahhh.....Nantilah kemunculan Cik Soffy
dia akan muncul secara tiba2 jerrr....hihihi
mesti korang nak tahu kan.....nak kannnn....

yang pasti

Nak bagi serprise kat korang jerrrr......
just wait and see....hihihihiii


Arini nak bagi adiah ape ye kat korang
yang baca tinta minta tulisan aku nih..hihihi


Buah strawbery !!!!...yum..yum..yummylicious....

Have a nice day today (",)


from:





Monday, February 10, 2014

Kemunculan yang tiba-tiba...apekah??


Assalamualaikum semua

banyak betul dugaan yang datang dalam kehidupan aku kini...Rumah maya ku (BLOG) tidak dapat nak buka pintu..bukan sebab kuncinya hilang...akan tetapi...dimasuki pencuri...huhuhu..siapa lagi pencuri itu jika lain dan tak bukan...VIRUS....pencuri nih serang aku...pelbagai cara aku cuba lakukan utk mencegah...tapi usaha aku hanya sia-sia...tetapi aku cuba lagi...kadang2 tue feel stress jgk...huhu...dah buang/tangkap pencuri tue..tetapi masih lagi berlegar-legar di ruang rumah ku.....

Alhamdulillah...Akhirnya aku berjaya mengatasi dan menyelamat rumah ku...rasa nak nangis jer jika aku kehilangan rumah mayaku ni...

Aku xnak kehilangan teman maya aku sebagai peneman dan sokongan kepada kehidupan aku...ingin berkongsi suka duka kehidupan...huhuhu...sekarang aku dah boleh bernafas lega....



Terima lah adiah aku nie untuk kawan2 maya ku (",)
sebagai tanda PERSAHABATAN kite terjalin kembali


From:






Tuesday, December 17, 2013

Kuih Kapit - mentega kacang / coklat


Kuih Kapit
Mentega kacang / Coklat


RM 17.00 / 50 pcs

Area : Klang / Shah Alam

Sesuai untuk semua majlis / gift / kudapan harian / Hari raya....bile2 korang berminat..bole je roger2 dan klik FB aku nih...hihihi

berminat ? Call/msg/wasap
012 - 432 5096

Fb : Cik Masni Soberi (klik)

************************************************
Noted :

Dengan kasih sayangMu Ya Allah, perbesarkanlah rezeki kami yang bersih dari segala kekotoran agar kami dapat meneruskan kehidupan yang selesa supaya boleh membantu hambaMu yang lain.

Dengan rahmat dan keampunanMu Ya Allah, Kau ampunkan segala dosa kedua ibubapa kami.. rahmati lah mereka sebagaimana Kau merahmati dan menyayangi orang-orang alim yang terdahulu.

Ameen.

Like & Share (",)v thank you all...hehe







Friday, November 29, 2013

Mommycha 1st Giveaway



Assalammualaikum...
Macam best jer nak join GA nie...tgk kat Blog FARAH...macam berminat jer..hihiii

Korang boleh terjah blog MOMMY CHA nih....

inilah Mommy Cha kite ('',)v

Cara-caranya seperti di bawah :

STICKY POST
...................................

mommy&baby moments.
G.I.V.E.A.W.A.Y

Hello korang.
Mommycha dengan rasa sukacite nak buat 1st ever giveaway yang mudah.
Hadiah vavavava sangat amazingly SUPERB!

Theme:
mommy&baby moments
tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.

How it work:
JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu.
Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar.
Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing.
Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.
Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing.
SATU gambar sahaja, okeh?
Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha!
Pastu tinggalkan jejak link entry dekat RUANGAN KOMEN sticky post ini.

Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)

 Winners akan dipilih berdasarkan gambar paling MENARIK. 

Entrynye biase-biase pon takpe.

******************************************

Inilah pertaruhan gambar saya dan anak perempuan bongsu..hehehe


Salam Mommy Cha and bloggers,

Saya pertaruhkan gambar ini kerana saya paling suka moment dan kualiti gambar ni seperti gambar yang profesional..padahal camera handphone je...hihi... Sungguh bermakna sekali dan saya tak pernah kongsi gambar ni dilaman sosial seperti di FB mahupun di blog..sebab pic ni sungguh berharga nilainya bagi diri saya bersama dengan anak perempuan saya sorang nih...sebelum tido, pasti saya  metatap gambar nih...sebab texture gambar tu yang cantik serta orangnya..hihiii...masa nie anak dara saya baru pandai boleh buat mulut muncung macam itik...sehinggakan orang dewasa tak boleh nak meniru gaya mulut anak dara saya nih...hihi....pantang disuruh, mesti buat...COMEL sangat...hihiii...bila mulut muncung, mate nye pun sepet...hihihiii...kami sekeluarga terhibur dengan telatah mulut muncung itiknya ('',) sekian

**************************************

Panjang lebar pulak...harap Mommy cha berpuas hati dengan entry nih..hihihi..Wish me LUCK...!!!



Tazkirah pendek pagi Jumaat : APAKAH YAUMUL MAZID ?




Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi 
yang ceria (",)v


Camne dengan pagi jumaat kite semua arini? diharap semuanya dalam keadaan yang ceria dan bahagia (",) Jom kite berkongsi sedikit ilmu di pagi Jumaat yang penuh berakah

Diriwayatkan dalam satu hadis:-
Anas bin Malik r.a. berkata: Jibril datang kepada Nabi s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril: Apakah cermin yang putih ini?

Jawabnya: Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada di hari Jumaat, telah dikurniakan untukmu dan umatmu, sehingga umat-umat yang sebelummu berada di belakangmu, iaitu Yahudi dan nashara (Kristian) dan ada saat di hari Jumaat jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya pasti akan dihindarkannya dan hari Jumaat di kalangan kami (malaikat) dinamakan yaumul mazid (hari tambahan).

Nabi s.a.w. bertanya: 
APAKAH YAUMUL MAZID itu?

Jawab Jibril: Tuhan telah membuat lembah di syurga jannatul firdaus, di sana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap hari Jumaat di sana disediakan mimbar-mimbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para nabi dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada di duduki para siddikin suhada’ dan salihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang di bilik syurga) berada di belakang mereka di atas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, minta (Kami mohon keredaanMu). 

Jawab Allah: Aku telah reda kepadamu, keredaan sehingga kamu Aku tempatkan di rumahKu dan Aku muliakan kamu, kemudian Allah menampakkan kepada mereka, sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka TIDAK ADA HARI YANG MEREKA SUKA SEBAGAIMANA 

HARI JUMAAT, kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan kehormatan mereka. menyeru pembaca sekelian agar mendoakan untuk diri, keluarga dan negara kita pada hari berkat hari ini.

Mari kita ucapkan syukur atas segala nikmat yang diberi dan bersabar atas kesulitan dugaan ilahi. Tanda orang beriman ialah bersyukur bila mendapat nikmat dan bersabar bila menerima ujian dan kekurangan.

Doa antara dua khutbah sangat mustajab.ustaz selalu selalu ingatkan agar berdoa ketika waktu itu untuk mendapatkan doa yang mustajab.


Semoga hari ini turut meningkat cinta kita kepada Rasulullah saw apabila dapat berterusan membasahi lidah berselawat kepada baginda dan sekelian ahli bait (keluarga) nya.


Salam Jumaat kepada semua (",)


Like & Share jika kite sayang pada kawan-kawan kite...
saya sayang kawan2 saya di luar sana... ('',)v



Thursday, November 28, 2013

Tarikh bayaran bulanan gaji 2014...saya sudah tanda..yeayyy..!!!


Assalamualaikum dan selamat petang semua

nie haah...tarikh bayaran gaji bulanan bagi tahun 2014 bagi pekerja kerajaan seperti aku...korang boleh la klik di SINI untuk maklumat lebih menyeluruh...aku dah tanda di kalender kecik aku dah...


Setelah kite telah menanda tarikh2 penting di kalendar, ini memudahkan aku untuk membuat perbelanjan yang bijak mengikut keperluan dan kehendak....hihihi...skema nya ayat aku nih....hahahaha

meh aku nak tunjuk mini kalendar yg ade dalam purse aku nih....Comel kan...macam budak2 jer..hihiii


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

 tadaaaaa

v
v
v
v

inilah buktinya...hehehe


Penandaan yang bijak...hihiii
bulat kecik...bulat kecik....bulat yang sangat kecik...hehehe

Like & Share to ur frends
Sharing is Caring 

Sudahkah anda menanda di kalendar 2014? (",)v


TAHUKAH ANDA: Buah pisang ada dalam syurga?


Buah pisang ada dalam syurga?



" Baru ku tahu buah pisang ada dalam syurga. Buah pisang disebut sekali dalam al Quran pada surah Al-Waaqi'ah (Kiamat)".

Mungkin kita tertanya-tanya sebelum ini kenapa orang dulu suka sedekah buah pisang di masjid. 

Rupa-rupanya buah pisang ini adalah untuk mengingatkan kita akan hari kiamat dan apa yang ada di dalam syurga.

Dari sudut saintifiknya pula, buah pisang adalah antara buah yang paling berkhasiat. 

Dikatakan buah pisang ini dapat mencegah angin ahmar atau “stroke” jika diamalkan memakannya.

Nampak pisang, bayangkan hari kiamat. Nampak pisang, bayangkan syurga Allah. Nampak pisang, bayangkan buah apa pula yang ada dalam neraka.

“ Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya” (Al-Waaqi'ah 56:29)


Tengoklah buah pisang di belakang umahku ini....besar dari tuan tanah...xlarat nak angkat kot...hihiiiii...anak2 aku la yang paling excited bile nak tebang pokok pisang....sebab pokok pisang aku nih dah ler tinggi..berat plak tu....huhu...

We Love Pisang Verangan...(",)v

Anda suka pisang? pisang jenis ape?



Wednesday, November 27, 2013

Mamee Chef 4 bundle rm10? woww...!!!


Woww..!!! Meeeeleeeetopp..!!!

Sesiapa yang tegar dengan Mamee Chef ni...boleh la terjah kat Groupon.com....

sesiapa jugak yang teringin nak beli buat stok untuk tahun depan...in-case saper yang suka berjaga lewat malam, xtahu nak makan ape...yang mudah, senang dan murah sekarang...Klik jer Groupon di atas...

Deal hanya ade 3 hari jer lagi...hehiiiii

Klik :

ade 3 jenis :
Spicy chicken shitake
Curry laksa
Creamy Tom Yam

Aku pun terjebak jugak...in case kelaparan waktu malam atau malas nak cook...Mamee Chef ni la akan menyelamat keadaan...tapi tak elok jugak untuk kesihatan jika diamalkan selalu...ermm...jika masak maggi nih aku selalu kurangkan perasa dia...nanti tak cukup umur lagi kepala dah botak...hahahaha...pastu masak dengan bahan campuran seperti ayam,daging, fishball dan sayur-sayuran...

Ok...dah lunch hour la....hiii
selamat menjamu selera bersama Mamee Chef (",)v






#WW 271113 : Hobi baru.....Pantang nampak ''HIJAU"



Assalamualaikum dan Selamat Pagi

#WW 271113 : 
Hobi baru.....Pantang nampak ''HIJAU"


(",)v



Tuesday, November 26, 2013

Kesan sampingan penggunaan gajet IPAD/TAB kepada anak-anak zaman sekarang.....



Assalamualaikum dan selamat pagi

Di sini aku nak kongsi serba sikit kesan penggunaan gajet kepada anak2 kite...baru2 ni anak sulong aku Muaz minta aku belikan IPAD @ TAB...amboiiiii....budak zaman sekarang..alasannye "ibu belilah tab/ipad...baru abang boleh belajar..'' ermmm...dia tengok kwn2 dia main ipad/tab parents diorang...pastu aku pun terpikir nak beli TAB or S3...hihi....tapi bile di pikir2 panjang, kite orang zaman dolu-dolu boleh je berjaya tanpa ade ipad dan tab nih...hihi...cukup la bapak budak pakai NOTE...itu pun dah tak menang tangan berebut dan ibu tak jadi wat kerja rumah..hihiiii

Doakan aku murah rezeki untuk memiliki Samsung S3 pada tahun hadapan...TARGET awal tahun...kalau ade rezeki tambahan, boleh miliki NOTE ke....hihi...Or ''BUKU NOTE'' jer yang dapat..hahahhha  





Kajian pakar-pakar mengenai Gajet terhadap anak-anak

Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. 

Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. 

Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan. Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak. 

Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. 

Kesan-kesan lainnya; 

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi. 

2. Perkembangan bahasa mereka lemah 

3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri. 

4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian. 

5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.

Credit Info : Google internet / FB


Noted kaki:
Sayangilah anak-anak kite...pilih lah jalan terbaik untuk anak-anak kite berkembang secara sihat...Ibu terpikir nak beli S3 la..hihi..yang penting ade drpd tak ade...hihihiii..cuma kurangkan penggunaan gajet...supaya anak2 ibu tidak tersasar dari arus permodenan ICT...chewahhhh.... ('',)v


''Ape pendapat korang tentang kebaikan dan keburukan penggunaan gajet pada anak2 kite? klu tak ade anak, pada diri sendiri pun boleh....''hiiii




Friday, November 22, 2013

Tazkirah Pendek Pagi Jumaat - Keikhlasan Bekerja...



Salam Jumaat....

Dalam kehidupan, sering berlaku perkara yang tidak kita sangka. Malahan,perancangan dan jangkaan kita kadangkala tersasar dari realiti atau takdir yang dipersembahkan kepada kita. Hakikatnya, seandainya kita menghulurkan bantuan atau melakukan kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukannya orang yang menerima bantuan atau kebaikan itu sendiri.

Ingin dikongsikan di sini satu pengalaman seorang fasilitator latihan & motivasi semasa mengendalikan satu program di sebuah organisasi korporat. Apabila ditanya tentang harapan atau expectation pada pihak pengurusan atau organisasi tempat bekerja, salah seorang staf yang mengikuti sesi tersebut menyatakan; 

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan terhadap organisasi ini.”

“Mengapa?” balas fasilitator tersebut.

“Dari pemerhatian saya, organisasi ini penuh dengan kaki bodek dan kaki ampu. Sedangkan orang yang
bekerja secara ikhlas diketepikan, tidak dihargai dan tidak menerima ganjaran yang wajar. Saya bukan orang yang bermuka-muka. Saya tak pandai nak ampu-ampu bos atau orang atasan. Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Peserta berkenaan merupakan antara staf paling senior di organisasi tersebut. Pengalamannya di organisasi tersebut mencakupi puluhan tahun. Malahan, itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan memandangkan beberapa bulan lagi beliau akan bersara.

Semasa waktu rehat, sambil minum-minum, fasilitator tersebut bertanya kepadanya, 

“Anak-anak masih bersekolah atau sudah bekerja?”

Tidak disangka soalan tersebut membawa keceriaan pada wajahnya. Staf tersebut menceritakan bahawa semua anak-anaknya sudah bekerja. Anak-anaknya kini bertugas sebagai doktor, jurutera, dan pensyarah. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz. “Alhamdulillah semua anak-anak saya ‘menjadi’.

Lantas fasilitator tersebut terpanggil untuk bertanya lagi, 
“Jika diberi pilihan, antara anak-anak yang ‘menjadi’ dan berjaya dalam karier mereka, atau anda dapat naik pangkat dengan gaji lebih, mana satu yang dipilih?”

Dengan pantas beliau menjawab, 
“Tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi, biarpun saya tidak naik gaji atau berpangkat besar. Anak-anak adalah harta yang paling berharga!”

Jawapan itu membuatkan fasilitator tersebut tersenyum sambil berkata, “Sebenarnya keikhlasan dan
kegigihan awak bekerja dalam organisasi ini telahpun mendapat ganjaran, tapi bukannya melalui kenaikan
gaji atau pangkat, tapi melalui ganjaran yang lebih bermakna. Keikhlasan bekerja itu telah dibalas melalui kejayaan dan pencapaian anak-anak.”

“Tidak pernah saya terfikir begitu,” kata beliau.

“Ada kalanya takdir dan kejadian yang Tuhan persembahkan terlalu misteri dan rahsia
untuk dijangkau oleh minda kita. Jadi kita perlu yakini, what you give, you’ll get back.

Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.” ujar fasilitator tersebut.

Terus staf tersebut bertanya pula “Maksudnya balasan atau ganjaran itu tidak semestinya datang terus daripada orang atau pihak yang kita berikan kebaikan itu?”tanya staf tersebut.

“Benar” jawab fasilitator tersebut.
“Maknanya kebaikan itu saya lakukan di tempat kerja, tapi pembalasan Allah bukan melalui ganjaran pada pekerjaan saya, sebaliknya diberikan dalam rezeki kejayaan anak-anak & keluarga, begitukah maksudnya?”

“Ya, sesungguhnya ketentuan Ilahi kadangkala terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Ini dipanggil golden rule. 

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki tempoh perkhidmatan yang tak berapa lama lagi ni?” tanya staf itu.

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun bos tak nampak, 
tetapi Allah Maha Melihat. ('',)

Bekerja itu satu ibadah. Andaikan umpama God is the CEO. Insya’allah, satu hari nanti manusia akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan semata-mata kerana tidak dapat penghargaan. Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya, kerana umumnya umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.

"Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Namun janganlah kita berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih” kata fasilitator tersebut di akhir perbualan.

Kesimpulannya, karma itu hakikat kehidupan. Kebaikan dan budi yang kita taburkan akan menyumbang kepada kehidupan yang lebih indah dan bermakna, dan membentuk masyarakat yang lebih mulia akhlaknya.


Mudah-mudahan sedikit pembacaan untuk renungan kita bersama...
Peringatan untuk diri sendiri jugak ('',)

Like & Share jika suka...hehehe
Terima kasih







Artikel : Lisa Surihani Mungkin Dapat Anak Kembar...

I Love Purple....

Saya tak menolak mungkin kami boleh dapat anak kembar berdasarkan genetik saya.

“Tunggu sahajalah berita gembira nanti. Kalau betul alhamdulillah. Doakan kami,” katanya.


Lisa Surihani Mungkin Dapat Anak Kembar.

LAPAN bulan menyemai cinta di alam rumahtangga, ternyata setiap momen bahagia itu dinikmati dan dihargai oleh pelakon yang cukup dekat di hati masyarakat.
Tentu sekali kita sedang berbicara mengenai si cantik manis Lisa Surihani Mohamed, 26, dan pasangannya Yusry Abdul Halim, 39.
Kemana-mana pun mereka pergi, kedua-duanya tidak pernah gagal meraih perhatian peminat yang begitu gembira dengan penyatuan dua jiwa itu sebagai suami isteri.


“Sebenarnya Lisa rasa bersalah sangat, ” katanya ringkas sekali gus mencetuskan rasa ingin tahu penulis.
“Lisa rasa bersalah sebab lepas kahwin ni berat badan makin naik. Nampak makanan yang sedap, mesti nak makan.
“Cuba juga kawal, tapi kadang-kala tewas. Mungkin juga macam orang cakap, tengah bahagia agaknya. Tapi sekarang dah susut kembali,” katanya dalam derai tawa.
Sengaja mengusik pelakon filem Sekali Lagi dan Ombak Rindu ini yang seolah-olah menunjukkan tanda-tanda kehamilan.


Namun, Lisa cepat-cepat menepis usikan itu.
“Tak adalah. Belum lagi. Sekarang ini pun kami sedang berusaha untuk dapatkan anak. Tentang berat badan, setakat ini tak ada pula doktor yang kami temui menyarankan saya untuk naikkan berat badan.
“Iyalah, memandangkan saya ni kurus sangat dulu, ada juga yang kata begitu. Tapi alhamdulillah, doktor pun tak minta saya naikkan berat badan dan saya sihat,” katanya.
Lanjut bercerita mengenai anak, kata Lisa, dia tidak setuju jika ada yang mengatakan dia mahu merancang keluarga seperti sesetengah pasangan suami isteri lain yang baru berkahwin.

Menyedari bahawa ada pasangan yang membuat keputusan begitu kerana mahu menikmati masa berdua dan enggan terbeban dengan anak, kata Lisa, perkara itu tidak berlaku pada dia dan Yusry.
“Untuk kehamilan pertama, saya dan Yusry kalau boleh mahu anak cepat. Kami ambil kata-kata orang lama yang banyak menasihatkan agar usah merancang keluarga untuk kehamilan pertama.
“Bagi kami, anak itu adalah rezeki. Tuhan nak beri kita terima. Tapi untuk anak kedua, saya dan Yusry dah bersetuju yang kemungkinan kami akan merancang. Itu baru cara yang betul kalau kita sebut pasal bab merancang keluarga.

“Orang kita sekarang ni banyak yang dah salah faham.
“Ramai ingat yang kehamilan pertama perlu dirancang, padahal yang disarankan adalah untuk kehamilan kedua.
“Tapi nak merancang pun, kenalah berpada-pada. Banyak faktor kena ambil kira. Perkara ini pun dah diterangkan dalam kursus pra perkahwinan.
“Biasanya, dari segi kewangan, kerjaya dan macam-macam lagi,” katanya panjang lebar.
Diminta jaga diriSemestinya, sebagai seorang wanita yang melalui fasa hidup sebagai seorang isteri, anak keempat daripada lima beradik ini juga mahu bergelar ibu sama seperti wanita lain.
Mempunyai suami prihatin dan penyayang seperti Yusry tentu sekali menyebabkan Lisa dalam masa yang sama turut dicemburui ramai.
Mungkin juga sebagai langkah dan usaha mereka untuk menimang cahaya mata, kongsi Lisa, suaminya itu kerap kali memintanya supaya sering menjaga diri.


“Ada jugalah masa-masanya, Yusry minta supaya saya berhati-hati ketika melangkah kemana-mana. Macam-macamlah pesanan dia.
“Jangan jalan laju-laju sangat, jangan selalu sangat pakai kasut tinggi, jaga pemakanan, pendek kata dia memang banyak berpesan pada saya,” katanya.
Seronok dapat kembarIbarat satu soalan lazim untuk mana-mana pasangan yang baru berkahwin bila ditanya soal anak.
Soalan susulan tentunya akan muncul dan ia biasanya berkisar tentang jantina anak pula.

Sama seperti Lisa, dia juga mengaku tak pernah surut ditanya dengan soalan-soalan sedemikian. Namun tidak pernah sekali pun dia mengelak untuk menjawab.
“Biasalah, orang akan tanya benda-benda begini. Tapi soal jantina sama ada saya atau Yusry, kami berdua tak pernah kisah pun.
“Bagi kami anak itu rezeki. Cuma, kalau ditanya dan ikutkan rasa mahu tu, kalau boleh saya nak anak lelaki sebagai anak pertama.
“Sebab nanti dia boleh jadi pembimbing pada adik-adiknya. Kalau Yusry pula, dia mahu anak perempuan.
“Tapi lagi seronok kalau dapat anak kembar. Kebetulan, masa ibu mengandungkan saya, dia kata saya ada kembar.
“Tapi kembar saya tu tak kuat. Saya tak menolak mungkin kami juga boleh dapat anak kembar berdasarkan genetik saya.

“Tunggu sahajalah berita gembira nanti. Kalau betul alhamdulillah. Doakan kami,” katanya.



Marilah kita bersama-sama mendoakan supaya Lisa dan Yusri cepat mendapat cahaya mata...ini akan menambahkan lagi kebahagiaan dalam keluarga mereka...Ameenn
 ('',)v

award from my frendz

award from my frendz
thank you nieyxzha