Tuesday, December 15, 2009

~ Erti Kerinduan Seseorang ~

Kamu tahu apa rasanya merindui seseorang?

Rindu itu sebenarnya adalah satu rasa
kesakitan, kesengsaraan, kekeliruan
yang lahirnya terus dari hati kita.
Mengapa aku katakan begitu?
kerana sebenarnya kerinduan itu lahir dari rasa kebimbangan.
Bila kita mulai rasakan cinta itu cuma lahir dari hati kita sahaja,
dan bukan dari dia.
Atau rindu itu adalah
rasa kehilangan yang bercambah dari fikiran kita.
Maka saja kita jadi resah gelisah,
rasa apa yang ada di tangan kita
seolah-olah mahu beransur pergi.
atau kekhuatiran yang si dia,
kesayangan kita tidak merasakan apa yang sedang kita rasa saat itu.
Ingin sahaja kita jeritkan namanya.
mahu sahaja kita kejutkan dia dari lenanya di dini hari.
Seolah-olah mahu memberitahu dia,
kita sedang mengingatinya.
Hinggakan kita tidak dapat tidur kerana mengenangkan dia.
mahu sahaja dia berada di depan mata ketika itu.
Mahu melihat betapa lenanya tidurnya,
atau memerhatikan hela nafasnya ketika itu.
Hati kita pastinya merintih ketika merinduinya bukan?
Dan untuk si dia,
pasti akan ada suatu waktu,
untuk melahirkan jalinan kasih dalam hidup.
Menanti dan menanti lagi.
Hingga akhirnya tiba saatnya
aku akan terlena dalam senyuman.
Mengingatinya dalam kerinduan malam..
P/S : kerinduan ku pada insan tercinta terubat AKHIRNYA..dia pulang dari menghadiri kursus di Penang selama 2 Hari..huhuhu..Suker nyer... (",)

~ Makna Cinta ~



Hanya mereka yang pernah melaluinya
pasti menyatakan betapa indahnya meneroka dunia cinta.
Yang gagal pula barangkali serik untuk meneruskannya buat kali kedua.
Namun kepada mereka yang suka memburu cinta,
istilah tewas, kecewa, pedih atau terluka
tiada dalam kamus hidup mereka.


Sayang,cinta,
kasih,suka
atau obses kepada seseorang
adalah elemen yang tertera dalam dunia perkasihan.

Anugerah cinta adalah nilai yang tidak terhitung
kerana di dalamnya
terkandung pelbagai perkara yang memungkinkan
anda bertemu dengan pelbagai rencah dan
ranjau berbisa sebelum
akhirnya menemukan cinta sejati.

Mungkin perasaan sedemikian pernah atau sudah anda lalui
tetapi bagi yang baru pertama kali berdepan dengan perasaan dianggap aneh itu,
ia mungkin satu pengalaman sukar ditafsirkan.
Hayati makna yang terkandung dalam kata-kata
menyukai,
menyayangi,
mencintai
atau apa saja yang berkaitan dengannya sebagai panduan.

Saat kau menyukai seseorang,
kau ingin memilikinya
untuk keegoanmu sendiri.
Saat kau menyayangi seseorang,
kau ingin sekali membuatnya bahagia
dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kau mencintai seseorang,
kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.



Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya
maka kau akan menggenggam erat tangannya.
‘Suka’ adalah saat dia menangis,
kau akan berkata:
“Sudahlah, jangan menangis."
‘Sayang’ adalah saat dia menangis
dan kau akan menangis bersamanya.
'Cinta’ adalah saat dia menangis
dan kau akan membiarkannya
menangis di pangkuanmu sambil berkata:
“Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”
‘Suka’ adalah saat kau melihatnya
kau akan berkata:
“Ia sangat tampan dan menawan.”
‘Sayang’ adalah saat kau
melihatnya dari hatimu
dan bukan matamu.

‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya,
kau akan berkata:
“Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”
Di saat orang yang kau suka menyakitimu,
kau akan marah
dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.
Di saat orang yang kau sayang menyakitimu,
engkau akan menangis untuknya.
Di saat orang yang kau cintai menyakitimu,
kau akan berkata:
“Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”
Di saat kau suka padanya,
kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.
Di saat kau sayang padanya,
kau akan membiarkannya memilih.
Di saat kau cinta padanya,
kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.


‘Suka’ adalah
kau akan menemaninya
apabila itu menguntungkan.
‘Sayang’ adalah
kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
‘Suka’ adalah
hal yang menuntut.
‘Sayang’ adalah
hal memberi dan menerima.

Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.


Tuesday, November 3, 2009

KALAULAH.......

~ Assalamualaikum w.b.t. ~

***** CAMERON HIGHLANDS *****

Macam best jer biler dgr
dan dapat pergi sana...
Sudah lama aku ajak suami aku pergi sana tau
Tapi xdapat p jgk
katanyer xbest la (mcm2 alasan kalau xnak),
xder aktiviti nak dibuat
xper la...dia pun dah blog date tahun 2010
pegi sana..rasa SAYANG makin bertambah...hehehe...
harap2 dia baca blog nie n terbuka hati p sana..hehehe...
Untuk menyejukkan hati aku untuk tahun nie,
yang xdapat p cameron..hehehe..
aku upload jer pic kat internet..
aku suka tgk pic scenery..menyamankan hati n otak aku yg serabut nie
Tak boleh nak bayangkan

KALAULAH aku dapat p CAMERON HIGHLANDS
bersama family tersayang...hehehe..


Firstly, kalau LAH aku pegi Cameron Highlands..aku akan mencari buah strawbery..bery..yum!!yum!!yum!!!yang disaluti chocolate celup!! celup!!hehe..



Aku suka bunga..ROS...Alangkah indahnya, bahagianya.. kalau ader 'orang' bagi bunga pada aku...hehe


Bunga adalah..AKU... dan kumbangnye adalah...SUAMIKU...hehehe

Ini adalah daun teh




Daun paku..kot!!!...hehehe

Rama-rama...terbang bebas di udara...kat sana mesti byk rama-rama yang cantik2 kan...Sukenyer...


Pulau Langkawi....

~ Assalamualaikum w.b.t. ~

Percutian 3 Hari 2 Malam

Di

PULAU LANGKAWI

13 – 15 February 2010
Rasanyer dah basi dah cerita aku nie…
tp xper la…
untuk berkongsi cerita sepanjang percutian aku kali nie
bersama suami tercinta…
erti kata lain Jalan2 Makan Angin…hehehe

13 February 2010 - Hari Pertama


Bertolak dari umah( SP, Kedah) pkul 0730pagi.
Dah lama aku rindui kg halaman ku
suasana pagi yg ssejuk dan nyaman…
kitorang ( 4 Org semuanyer) menaiki kereta…
bertolak ke jeti Kuala Perlis…
sengaja Kami memilih di perlis kerana kami ader perancangan yg hendak ditujui…
Ketibaan aku di sana, jam 1030pagi melalui lebuh raya utara selatan…
suasana di jeti Kuala Perlis sangat la ramai…
sesak dgn pelancong dalam dan luar…
ape tidak nye…time aku pegi tue time cuti Raya Cina..
Ramai la org…tgk org beratur…
waahhhh…panjangnyer barisan…
hubby aku beratur panjang di belakang..hehehe…
kesian la plk tgk hubby aku beratur panjang…
eemmmmm….
aku dengan kuasa jahat yg sedia ader dlm diriku…hehehe..
aku pun berjalan jalan meninjau suasana hingga ke hadapan barisan…
tgk keadaan keliling dan…hehehe..
aku pun dgn mulut manis berbicara dgn pcik yg dtgnyer dr sabak bernam…
aku pun menanyakan aku nak tumpang pcik beli tiket..hehehe…
aku pun beratur bersama dgn pcik tue..hehehe…
konon2 aku nie sedara dia la..hehehe
…jahat kan aku…
pcik tue kate dia cuba sbb dia pun dah ramai 17 org/tiket…
xper la..aku pun tunggu dgn nya…
akhirnya aku dpat membeli tiket feri
dan menaiki feri pada jam 1230 tghari…hehehe…
aku pun pandang hubby aku dr kejauhan..
dia hanya tersenyum panjang jer…hehehe…
dia dah tahu istrinyer cmner…hehehehe…

Dalam feri menuju ke destinasi Cinta...Hehehe...Pulau Langkawi



Perjalanan dr jeti Kuala Perlis mengambil masa kira2 1jam la jgk…
sempat lg aku tido dlm feri…hehehe..
lame sgt nak sampai2…hehe..
setelah tiba di jeti Pakan Kuah Pulau Langkawi…
kami terus berjalan-jalan mencari tempat utk berehat skejap …
kaum wanita pergi mendapat kan map pulau di kaunter
manakala kaum lelaki plk pergi mencari kereta sewa…
hasil tangkapan diorg adalah dpt menyewa kereta iswara
dgn hrga yg mahal iaitu rm 90/ sehari…
Kami pun menuju ker destinasi seterusnyer…
bdn aku pun keletihan dgn berbadan dua nie…
mkn pun xbrp nak lalu sjak kebelakangan nie…
so aku kekurangan tenaga sdikit la…
kami pun terus ke pantai cenang, lokasi hotel kami…
kami smpai di hotel dan berehat selama 1 jam,
slps solat aku pun trus mencari mknn pd jam 430ptg…
pastu meronda-ronda di pulau n mandi-manda pd ptg nyer…
pastu mandi di swimming pool di hotel plk..hehe
Mlm – keluar berjalan2 ke pkan kuah ,
makan ikan bakar di pantai cenang
dpn hotel kami jer n terus balik umah
…TIDO…ZZZzzzzzz…
Penat n kenyanggg.......


14 February 2010 – Hari Kedua

Sepanjang hari kedua …sangat meletihkan…hehehe…aktiviti pagi dari pukul 9.00pg hingga 2.00ptg adalah tour pulau langkawi…
Destinasinya :
1) Pergi ke dataran Helang terletak di Pekan Kuah berhampiran dgn jeti
2) Melawat makam Mahsuri dan sekitar nyer untuk mengetahui sejarah Mahsuri n keturunan nye adalah di sini…ramai org jgk…hasil tangkapan aku di sana adalah…hehehe…aku sempat buat frame gambar pinggan, beli baju for my hero and kereta jentolak besar utk ank…
3) Pastu pergi melawat kilang batik tangan
4) Pergi underwater world…dekat dgn hotel aku jgk…5 min jer…byk ikan2 yg xpernah aku lihat n semuanyer cntik2 belaka…puas hati dgn aktiviti aku…n badan dah letih n panas…
5) Terus makan…murah giler mknn di sana…
Mari kita layan pic….have a nice look…hehe

hadapan dataran helang...

permandangan laut...byk kapal layar yg berlabuh...semuanyer mewah2 belaka...



bersama beras aku...hehehe berlatar belakangkan dataran helang...

kami berempat : husband aku, Aku yg sweett..hehe...,beras n abg ipar aku

Rumah Mahsuri...







underwater...penguin...

sejukkkk nyerrr....


sukerrrr.....dia tersenyum melihat telatah ku...chewaahhhh..!!!hehe


besar betul ikan nie tau...muka takutttt...hehe

Selepas makan tgh hari n balik hotel berehat skejap n solat…kami terus menukar pakaian menuju ke destinasi seterusnyer…iaitu…ISLAND HOPING…aktiviti bermula kul 230ptg n tamat pkul 600 ptg..

Kami menyewa sebiji bot utk mengelilingi 3 pulau sambil snorkeling…besttttt....aku x brp nk ingt aper nama 3 pulau itue..hehehe…pergi tgk tempat byk burung helang berteduh…byk sgt hingga memberikan satu permandangan yg menarik..pergi ke Teluk Yu, Pulau Dayang Bunting…kita layan jela la pic yg sempat I snap…




atas bot utk island hoping...bestt...ronda2 tgk pulau..masa nie air laut tgh surut...waktu ptg yg panas...badan bot asik berlanggar dgn coral-coral laut jer...




kami snorkeling n mandi manda di teluk yu...

hanya kami 4org jer...abg bot tue baiikkk sgt... bagi kami privacy yg hebat...hanya org tertentu jer yg bole dtg teluk nie...sbb nyer aku ckp la aku mengandung...takut nak mandi kat tgh laut...byk landak laut...aku takut sgt...pastu abg bot pun bw kami di teluk yu nie...besttt...cntik teluk tue n airnyer...pastu menuju ke pulau dayang bunting...untuk sampai ke tasik dayang bunting...kena la mendaki tangga yang tinggi n turun ke tasik tue...air tasik tue air tawar...dalam...takut jgk...tp redah jer sbb bknnyer selalu dtg sini...penat sungguh kaki nie mendaki ank2 tangga...kehadiran kami disambut dengan monyet2 yg byk di situe..hehehe



tasik dayang bunting






permandangan pulang , Pulau Dayang Bunting...

selepas pulang dari meronda pulau, aku pun berasa lapar n penat…kami singgah sekejap di warung depan hotel kami jer utk menikmati mknn ptg iaitu bihun sup n laksa (my favorite)…yummm…yumm..yummyy…

pulang ke hotel pukul 7.00ptg utk aktiviti malam plk…hehe

sblm masuk bilik, kami mandi dulu di swimming pool..hehe


malam : kami mkn mlm di hotel…
khas utk pasangan kekasih
sbb nyer time kmi pergi tue jatuh 14/2 hari kekasih…
dah free amik jela la…
mkn di luar hotel berangin kan angin laut…
mkn mknn laut plk tueee..
sedappp la jgk..hehehe…klu kat pulau redang,
lagi sedap mknn nyer…
pastu slps mkn kami bertolak keluar ke pekan kuah
untuk membeli belah coklat-coklat yg byk...
time membeli coklat xsempat aku nk snap pic
bcoz bz memilih coklat2..semuanyer murah2 belaka.
...geramnyer...


makan malam istimewa...BBQ...


15 February 2010 – Hari Ketiga

Kami berkemas pulang pd awal paginyer…
sebelum pulang ke tanah besar,
aku and the gang pergi Cable Car…
nasib kami baik coz kmi beli tiket
kat agen hotel tempat aku menginap tue…
so senang la skit xsusah2 nak beratur panjang beli tiket…s
etiba di destinasi yg dituju, org xberapa ramai la sangat…
coz kitorang bertolak awal n tiba d cable car around 930am…
best n jauh betul, tinggi …
waaahhhh…menyeramkan tp best…
dr permandangan dalam kereta cable, kite bole lihat
air terjun telaga tujuh, pulau2 di sekeliling, laut2 biru, kapal layar
…cantikkk…org sudah melalui sesak…
macam kat genting jgk...





my husband berwajah cuak...hahahaha!!!! biler time kereta cable bergoyang...hehehe

stage ke 2 : suasana sejuk jer...

Stage ke 3 : penghujung sekali...suasana sejuk dan angin kuat...nasib baik x melayang diri ku ini...hehe


dah turun ke bawah...Alhamdulillah selamat sepanjang perjalanan di dalam cable car...


setelah sampai di tanah besar jeti kuala Perlis pd jam 3.00ptg....kami meneruskan perjalanan kami ke padang besar...hehe..kami sempat membeli jersey jer...pastu pulang melalui Arau...sempat kami singgah di uitm, arau perlis...untuk melihat keadaan baru uitm...byk perubahan yg ketara.... byk bangunan2 yg terbina....tetapi keadaan di utara tanah air sungguh panassss.... pokok2 getah, tanah, tanah rumput...semuanyer kering...

kami singgah kat rpa utk mkn...tetapi semuanyer tutup... singgah kat masjid arau n solat maghrib...rindu seketika apabila melalui tempat2 yang aku n husband dating dulu2...hehehe... terimbas kenangan seketika di minda... bergerak pulang n tiba d rumah jam 1030mlm...

badan aku sgt la letih giler2rrr punyer...jumpa my hero n tidooo....ZZZZzzzz

Sekian...Jumpa Lagi...Muaahhh!!!

































































































































































































































































Monday, November 2, 2009

~ Wajah Mengandung ~

Ramai kwn2 aku tya, mane pic pregnant aku?!!
So, arini aku
nak berkongsi ler pic pregnt aku...rasanya
MALU pun ader jgk..
Sebabnyer time
nie bdn aku naik skit..hehe

selalunyer bdn aku maintain cun
TETAPI dah
naluri nak jd ibu cpt..
so, rupanyer mcm nie la..HAhaha


** mandi air terjun di Perak - 7bln...**
Nak tgk x gmbr masa aku pregnt time 10 hari
nak "meletup"? hehe
Muka aku time ni sgt sembab..
maklum lah dah dekat nak bersalin..hehe
Masa nie adik ipar aku kahwin
kat dewan pulak tu..
Xtahu nak buat fesyen ape utk baju..


** Senyummmm...... **
** Bersanding kali ke-2 bersama ank2 buah **

** Bersama bakal ayah suatu ketika dahulu **

** Atas pelamin angan ku meletup..hehehe.. **

Wajah baru AKU


** Ini lah wajah terbaru aku setelah bergelar IBU kpd seorang cahaya mata **


~ Assalamualaikum ~
Rasanya first time aku nak menulis blog nie..hehe
sebelum nie hanya try2 jer..
Hari2 aku buka n lihat blog nie but xtahu
nak tulis ape..hehe..
kpala otak aku BLURrrrr jer..hehe
arini ntah mengapa
aku rasa mcm nak menulis / mencoret jer..
maybe mood aku ok kot..hehe
...HOPEFULLY....

So, bermula lah ekpedisi cerita aku
tentang diri aku, family aku,
kwn2 n tempat keje aku.. (",)

award from my frendz

award from my frendz
thank you nieyxzha