Wednesday, February 12, 2014


Selamat petang

Alkisah la aku dengan hujung minggu aritu..en asben outstation PD...mulanya aku nak ikot bersama dgn anak2..but aku kena pergi sendiri...uhuhu..tu yang malas nk drive jauh sorang2...

decide nak duk umah jer la...aktiviti baca novel la...
novel ni aku sewa kat tadika anak aku jer...
banyak pulak tue..bole pilih2....
best..best..best sangat
xyah la beli..just sewa jer hujung minggu
hehehe..tournament baca selama 2 hari..hihi
kellasss mak jemah baca sampai ke pagi..hihi

Tajuk:
Jodoh itu Milik Kita


Sinopsis :
“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.

“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia

“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial

“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?

**************************

Memang layan jugak aku dengan novel
selalu layan anak2 and suami
sekali sekala layan novel..lupa sekejap family..hihi

Ade tayangan kat TV kan....kan....





2 tinggal tapak tangan:

Nurzakiah Hanum said...

syok coffe

Farah Waheda Wahid said...

yup ada tayang kat tv... saya punya tak sabar nak tau ending pergi beli novel ni supaya dapat tau pengakhiran macam mana... ^_^

award from my frendz

award from my frendz
thank you nieyxzha