Friday, November 18, 2011

Petua Solekan Untuk WANITA Bertudung


Salam jumaat semua (*_^) ape kabar?

Hari jumaat, hari yang indah dan penghulu segala hari. Hari jumaat jugak hari yang bahagia untuk semua orang speacially yang bkerja goverment kan...hehe...rehat panjang waktu tengahari...hehe...Ape aktiviti korang untuk hari bahagia nie?

Hari bahagia, kenalah cantik kan...Untuk menandakan kita nie dalam kebahagiaan...hehehe...Nie aku bagi tips sikit2 camne nak solek untuk jenis aku nie...hehe..(yang jarang bersolek dan malas bersolek lagi...)

1. Bersihkan wajah anda terlebih dahulu. Gunakan bedak asas dengan warna yang sesuai dengan jenis kulit.

2. Untuk bahagian mata, guna pembayang mata (eye-shadow) berwarna coklat pada kelopak mata, dan penggaris mata berwarna hitam pada lingkaran mata atas dan bawah.

3. Untuk menambahkan seri mata, sapukan maskara. Cara yang berkesan ialah membiarkan mata terbuka bagi memudahkan pemakaiannya. Teknik solekan ini untuk menghasilkan mata yang lebih galak dan ceria.

4. Sapukan pemerah pipi berwarna coklat pada tulang pipi dengan mengarah ke atas secara tipis untuk kesan semulajadi.

5. Gunakan gincu berwarna lembut dan diakhiri dengan pengilat bibir agar senyuman tampak lebih menawan.

hahh...mestilah korang dah praktice kan...malah ade yang bersolek lebih hebat daripada aku...hehehe...aku nie, biase2 jer....dapat calit sikit pun jadi lah kat muka aku nie yang kurang terserlah..hehe

ini lah hasil nyer....(macam wat kek masakan jer...hahaha)


Ade beza x?hehehe...yang penting nampak x, arini hari bahagia aku? hehehe

notakaki : ade hati nak masuk pencarian model tudung Ariani...hehehe...rasa2 lepas x?

2 tinggal tapak tangan:

kak lang said...

hehe, nice la kak..simple

cik fadh said...

cantik ! nmpak perbezaan tu..

award from my frendz

award from my frendz
thank you nieyxzha