Friday, November 8, 2013

CERITA : Jumaat - Sedekah Si Penarik Beca



Pic: Google

Kisah ini dikatakan terjadi di daerah Klaten, Jawa tengah, Indonesia. Seorang penarik beca yang bernama Pak Kasan mempunyai kisah yang menarik tentang sedekah.

Pak Kasan mempunyai amalan sedekah yang unik iaitu memberi perkhidmatan percuma pada hari Jumaat. Begitulah rutin sedekah Pak Kasan. Sesiapa sahaja yang menaiki becanya pada hari tersebut, tidak dikenakan tambang. Begitulah yang dilakukan pada setiap hari Jumaat.

Pada hari Jumaat seorang wanita kaya menaiki baca Pak Kasan. Apabila sampai ke destinasi yang dituju, bertanyalah wanita kaya itu akan tambangnya. Seperti biasa, penarik beca menyatakan bahawa pada hari tersebut dia tidak mengenakan tambang. Si wanita kaya tersenyum namum masih belum berpuas hati. Justeru dia bertekad mahu menguji si penarik beca pada masa lain.

Pada hari Jumaat seterusnya, si wanita kaya menaiki beca Pak Kasan lagi. Kali ini wanita kaya itu mahu Pak Kasan membawanya ke rumah. Katanya mahu berkenalan dengan keluarga Pak Kasan. Lalu si penarik beca itu pun mengayuh tanpa sebarang prasangka pulang ke rumahnya.

Sampai di rumah, wanita kaya itu sedar akan keikhlasan Pak Kasan dengan sedekahnya. Didapati Pak Kasan memiliki seorang istri yang solehah dan anak2 yang baik. Pada pandangan wanita itu, Pak Kasan adalah seorang yg sangat miskin. Namun masih mahu mampu bersedekah.

Rezeki tanpa diduga, wanita kaya itu mengajak Pak Kasan sekeluarga menunaikan haji bersama dengan keluarganya. Wanita itu berkata “Pak Kasan hidup sederhana bahkan serba kekurangan,tetapi tidak meninggalkan sedekah. Sedangkan saya hidup penuh dengan kemewahan bahkan berlebih-lebih, tetapi saya tidak pernah bersedekah”. MasyaAllah…..(credit to: buku mini mudahnya menjemput rezeki)

Moral of story:
Jika kite membuat baik semata-mata kerana Allah, khususnya dalam hal sedekah. Pasti dan pasti Allah akan membalas berkali ganda. Begitulah janji Allah. Janji yang pasti dikotakan sejak dulu, kini dan hinggalah ke hari kiamat.


Marilah kite jadikan amalan bersedekah pada hari Jumaat yang mulia…Peaceee….

5 tinggal tapak tangan:

mummy-nz said...

Terkesan..

Cik Puan Rara said...

amalkan bersedekah.insyaAllah murah rezeki kan.

~ana~ said...

ana pernah gak bc kisah ni dlm buku mudah nya menjemput rezeki..mmg tertanam dalam jiwa kisah ni...

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Nice sharing masni.. jom kita bykkan bersedekah..

Aefa Aerisya said...

pernah dgr tajuk buku tu. tapi belum pernah baca lagi. nice story.. rasa cam dah lama tak bersedekah :(

award from my frendz

award from my frendz
thank you nieyxzha