Tuesday, November 19, 2013

yahoooooo...!!! : Restoran “Nasi Ganja” Ipoh kembali beroperasi semula



Selepas hampir tiga hari ditutup ekoran kebersihan yang kurang memuaskan, Restoran Nasi Kandar Ayam Merah atau lebih dikenali sebagai "nasi ganja" beroperasi semula hari ini.

Restoran yang terletak di Jalan Yang Kalsom, Ipoh itu mencetuskan kontroversi ekoran arahan penutupan Jabatan Kesihatan Perak setelah mendapati pemilik restoran berkenaan gagal memenuhi piawaian kebersihan ditetapkan.

Pengurusnya, Mohd Nithmathullah Syed Mustafa mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri, Jabatan Kesihatan Perak dan pelanggan setianya atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada restoran tersebut.

“Mulai hari ini, kami berniaga semula dan saya harapkan orang ramai tidak lagi mempercayai berita-berita palsu yang disebarkan kerana saya jamin semua itu tidak benar,” katanya dipetik dari portal Perak Today.
Biarpun mengalami kerugian setelah premisnya ditutup selama tiga hari, Nithmatullah berkata, ia sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus meneruskan perniagaan itu seperti biasa.

“Kesemua perkara yang diarah oleh pihak Jabatan Kesihatan Perak telah kami laksanakan dan hari ini perniagaan dapat beroperasi semula seperti sedia kala,” katanya.

Sementara itu, Nithmathullah juga tidak berasa begitu khuatir mengenai kepercayaan pelanggan kerana berita yang tersebar di laman sosial Facebook itu ternyata palsu.

Sejurus selepas arahan penutupan restoran tersebut minggu lalu, timbul pelbagai khabar angin di Facebook termasuk yang mendakwa pemilik restoran berkenaan menyimpan najis manusia dalam peti simpanan makanan untuk melariskan jualan mereka.

Bagaimanapun perkara tersebut dinafikan oleh pemilik restoran itu yang membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut.

Khamis lalu dalam sebuah operasi bersepadu melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen mengeluarkan notis perintah tutup premis.

Perintah itu dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Abdul Rahman Ismail berkuat kuasa pada Khamis lalu sehingga 28 November.

Menurut Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, persekitaran penyediaan makanan yang tidak bersih boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Katanya notis itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, jika disabitkan kesalahan boleh didenda atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.


Bagaimanapun setelah pemeriksaan susulan dibuat, restoran tersebut dibenarkan kembali beroperasi biarpun tidak mencapai tempoh selama dua minggu. – 18 November, 2013.sumber : Yahoo.com

Berita penutupan Premis : Boleh klik di SINI.....

Korang suka makan nasi kandaq tak? hihihi...
(",)v




6 tinggal tapak tangan:

Montana said...

nasik kandaq..kurang2...

Nazayiena Ayiena said...

Semoga lepas nie sentiasa menjaga kebersihan ya...

Farah Waheda Wahid said...

sedap sangat ke nasi ganja ni?

Ratu Hatiku said...

Patutlah kebanyakan kedai nasi kandaq ramai org kan..hihihi

norhidana miswan said...

suke gk lyn nasi kandaq... dia punye kari mmg mantops tp tak penah try lg lah yg nasi ganja tuh... sume ckp sedap mmg tingin gk nk cari

Tihara said...

lama dah tak makan nasi kandar sebab kat pahang nasik ni tak pemes..btw nasi kandar sedap

award from my frendz

award from my frendz
thank you nieyxzha