Friday, June 21, 2013

Tazkirah pendek di hari Jumaat...Santapan Rohani


Assalamualaikum dan salam Jumaat



Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela

mana tahu...
yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu...
yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu...
yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu...
yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu...
yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya
kayu dimakan api…
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan
yang boleh kita  buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya...

Betul tak kawan-kawan? (",)v
Sentiasa bersangka baik kepada org sekeliling
dan sentiasa memaafkan orang lain...

7 tinggal tapak tangan:

Noh Kodiang said...

slalu yang post benda2 cenggini seringkali melakukannya...true story.

Rasp said...

betul tu sis...
tak rugi kita bersangka baik ni...

Hyazz Eibrhm said...

betul betul betul..mulut dan adab kena jaga..jangan putuskan hubingan silaturrahim yang ada..insyaAllah

azman/santai said...

mata yang melihat.. hati tetap terdik jua..

MrS. F!zA said...

betul2x..sentiasalah kita bersangka baik..

Mia Liana said...

alhamdulillah... saling mengingati..

AiSyA LiEzA said...

jgn judge luaran je... xD mnusia suka judge luaran.. :')

award from my frendz

award from my frendz
thank you nieyxzha